“TANAH RAKYAT IJOK DIGADAI” AZMIN DAPAT FAEDAH





Pembangunan memang diperlukan dalam menjamin keselesaan dan kemudahan rakyat. Tidak kira negeri pembangkang atau kerajaan pimpinan sekarang. Pelaksanaan setiap projek untuk sesuatu pembangunan sudah pasti ada baik dan buruknya. Sekarang bermacam-macam projek kerajaan negeri mahupun persekutuan dibuat untuk membela nasib rakyat. Kerajaan Negeri Selangor tidak terkecuali dengan isu kontroversi panas melibatkan isu tanah di Ijok. 

Isu tanah ini timbul berikutan tindakan Azmin memulangkan tanah yang sudah dirampas oleh kerajaan negeri pada 2009 semasa pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. Pemulangan tanah milik kerajaan ini bukan satu amalan yang baik kerana ia mencerminkan bagaimana kerajaan mengenadalikan aset rakyat. Aset berkeluasan kira-kira 880 hektar tersebut sebelum ini diserahkan kepada LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd untuk dimajukan sebagai kawasan perumahan. Pengambilalihan kawasan ini untuk kemajuan kerajaan negeri Selangor telah mengakibatkan timbulnya masalah antara pemaju dan pemilik tanah yang tidak dapat pembelaan sewajarnya. 

Kerajaan sebelumya telah tekad untuk mempertahankan keputusan yang dibuat dengan tujuan memulihkan projek terbengkalai. Malangnya isu ini telah membebankan ribuan keluarga peneroka dan pembeli rumah di kawasan itu. Datuk Seri Rahman Dahlan telah mempersoal tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang tergesa-gesa menyerahkan tanah bernilai RM1.18 bilion di Mukim Ijok kepada dua syarikat pada 2016. 

Tanah seluas 880 hektar itu dibeli oleh dua syarikat, LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd pada 1998, namun diambil semula kerajaan negeri pada 2008 mengikut Kanun Tanah Negara berikutan pelanggaran syarat dan terma perjanjian. 

Persoalan yang ditimbulkan di sini, mengapa Azmin dilihat sangat terdesak untuk menyerahkan tanah tersebut kepada syarikat Mujur Zaman Sdn Bhd dan LCBN Development Sdn Bhd sedangkan keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkmah Rayuan memihak kepada keputusan bekas Menteri Besar Selangor pada waktu itu. 

Kenapa Azmin tidak menunggu keputusan dari Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan memandangkan kerajaan negeri mempunyai kuasa penuh terhadap keputusan ini. Keputusan tergesa-gesa semestinya akan merugikan kerajaan negeri dan rakyat. Timbul persoalan mengapa bayaran pampasan terhadap peneroka hanya RM421.4 juta, sedangkan pihak pemaju mendapat berlipat kali ganda keuntungan. 

Jumlah pampasan yang diberikan kepada peneroka seramai 980 orang hanyalah berbentuk wang tunai RM180,000 setiap orang dan sebuah rumah bernilai RM250,000 baru-baru ini. Jumlah keseluruhan pampasan yang diberikan cuma bernilai RM421.4 juta. Di sini timbul persoalan besar iaitu ke manakah jumlah baki sebanyak RM758.6 juta yang diperolehi dan ke mana hasil jualan RM1.18 bilion yang dibuat dua syarikat berkenaan akan disalurkan? 

Isu ini menimbulkan pelbagai persoalan dan tanda tanya, memandangkan ianya melibatkan jumlah yang besar. Adakah ada kemungkinan wang tersebut akan dijadikan sebagai salah satu dana yang akan membiayai perbelanjaan pilihanraya Pakatan Harapan kelak. Sekarang semakin banyak cerita yang mengatakan Tun Mahathir semakin giat mendapatkan dana bagi membiayai perjuangan mereka. Sebagaimana diketahui semua, perbelanjaan untuk menghadapi satu pilihanraya adalah sangat besar. Tanpa dana yang kukuh, sesebuah organisasi politik tidak akan mampu untuk mengerakkan jentera kempen pilihanraya. 





Comments