SEKOLAH CINA TIDAK DIANAK TIRIKAN OLEH KERAJAAN






Beberapa gerakan NGO Cina menuduh kerajaan Malaysia menganak tirikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan membuat perbandingan seperti peruntukan perbelanjaan, tidak menjaga kebajikan sekolah Cina, kerajaan membuli sekolah Cina dan sebagainya.

Tuduhan tersebut telah menimbulkan kehairanan oleh beberapa pihak kerana selama ini tiada satu pun aduan dari pihak sekolah atau pentabiran mereka yang mengatakan mereka dibuli atau dianak tirikan. Malah ada sekolah Cina di bandar-bandar utama mendapat perhatian sepenuhnya dari kerajaan dan PIBG sekolah tersebut dengan menaik taraf kelengkapan dan infrastruktur yang ada untuk memudahkan anak mereka menerima sistem pembelajaran yang lebih baik.

Pihak UNESCO juga dikatakan telah mengiktiraf Pelan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diperingkat global. Ada juga negara luar seperti Pakistan, Nigeria, Myanmar, Thailand dan Bhutan berminat melaksanakan pelan itu di negara masing-masing.

Dari sudut pembangunan di Sekolah Cina khususnya, sebanyak 1,308 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SJK (C) telah dibina di seluruh Malaysia. Seramai 39,000 orang guru terlibat untuk berkhidmat sebagai tenaga pengajar di sana.

Bagi menampung kos penggajian pula, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM120 juta untuk guru-guru berkenaan. Jika kos tersebut dijumlahkan kepada setahun, ia menelan belanja sebanyak RM1.4 bilion.

Walaupun kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab mengawal selia SJK(C) ini dengan memberi peruntukan am, namun kerajaan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Dato Seri Najib telah menambah peruntukan RM50 juta setiap tahun untuk kegunaan pentadbiran sekolah dan sebagainya.

Maka dengan pelan tindakan ini kerajaan dapat meringankan beban guru dan menambah keselesaan kepada murid di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

Comments