HARGA BARANGAN DISELURUH DUNIA TIDAK PERNAH KEKAL HARGA BARANGAN AKAN BERUBAH-UBAH ATAS DASAR AMALAN EKONOMI BEBAS






Amalan dasar perdagangan bebas telah meletak Malaysia di tahap pembangunan ekonomi seperti sekarang, namun kita juga menghadapi peningkatan harga secara umum untuk barangan dan perkhidmatan. Harga barangan juga tidak pernah kekal dan akan berubah-ubah.

Justeru, faktor tahap ekonomi negara juga perlu dilihat di dalam menilai sama ada isu kos sara hidup adalah sesuatu yang benar atau sekadar persepsi. Rakyat perlu menolak persepsi negatif ini kerana pembangkang hanya mahu mengelirukan fakta dan kebenaran yantg cuba disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Perubahan struktur ekonomi turut mengubah struktur sosial. Cara hidup rakyat telah berubah mengikut gelombang pertumbuhan ekonomi.

Pendapatan bulanan purata isi rumah di Malaysia pada 2004 adalah RM3,250, namun ia meningkat kepada RM6,141 pada 2014, iaitu peningkatan 89 peratus dalam tempoh 10 tahun.

Berdasarkan indeks harga pengguna (IHP) Jabatan Perangkaan Malaysia, secara umumnya harga meningkat 29 peratus dalam tempoh 10 tahun, antara 2005 dan 2015. Peningkatan harga jauh lebih rendah daripada peningkatan pendapatan isi rumah. Ini bermakna, jika sekiranya sesebuah isi rumah tidak mengubah corak perbelanjaan mereka, kesan daripada peningkatan harga mungkin mampu dibendung.

Berdasarkan senario di atas, jelas peningkatan harga barangan dan perkhidmatan secara amnya bukanlah penyebab utama kepada peningkatan kos sara hidup. Perubahan cara hidup dilihat lebih relevan dari segi tekanan terhadap kos sara hidup.

Bagi mengelak daripada tertipu dan sebagainya, pengguna perlu membuat perbandingan harga sebelum membeli barangan bagi mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa kepada peniaga yang menaikkan harga barangan.

Sekiranya barangan dijual pada harga yang agak mahal, pengguna mempunyai kuasa untuk memboikot atau mencari alternatif lain dengan tidak membeli barangan daripada peniaga berkenaan.

Penetapan harga runcit petrol dan diesel di Malaysia kini dilakukan mengikut kaedah Pengapungan Terkawal, yang antara lain bertujuan memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada penurunan harga minyak mentah dunia.

Kerajaan begitu perihatin dengan taraf ekonomi rakyat dan pembangkang hanya tahu mengeruhkan keadaan dengan menabur berita palsu sehingga menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Comments