BALASAN PAS KELUAR DARI PAKATAN HARAPAN




Pilihanraya Umum ke 13 yang lalu Selangor dapat dikuasai oleh Pakatan Rakyat yang di anggotai oleh PKR, DAP dan PAS. Kemenangan ini membolehkan PKR mentadbir Selangor dan Azmin Ali sebagai Menteri Besar.  Penubuhan Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR, PPBM dan PAN telah mendorong PAS keluar dari Pakatan Harapan. Perbuatan DAP seringkali menyerang peribadi Presiden PAS Dato Sri Hj. Hadi serta mempertikaikan usaha PAS dalam menegakkan agama Islam di Malaysia adalah punca PAS keluar dari blok pembangkang.

Walaupun PAS sudah tidak lagi berada dalam Pakatan Harapan namun mereka bukanlah sekutu politik UMNO. Sejak PAS ­meninggalkan pakatan, dalam soal berkaitan kepentingan orang Melayu dan umat Islam sudah ada perubahan. DAP menentang penubuhan RUU 335 dalam memperjuangkan agama Islam di Malaysia. PKR, PPBM dan PAN adalah parti yang dikuasai orang ­Melayu, tetapi kelicikan politik DAP ­telah memungkinkan ketiga-tiga parti itu terus bermusuh dengan UMNO. Malah ada antara mereka terlalu takut untuk bercakap soal agenda Melayu dan Islam kerana bimbang akan dibidas oleh DAP.

Akibat daripada PAS keluar dari pakatan menyebabkan ramai ADUN PAS yang masih berkhidmat telah dinafikan hak mereka. Kerajaaan negeri telah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab mereka yang mana telah menggantung elaun yang sepatutnya layak diterima oleh ADUN PAS. Perbuatan kerajaan negeri yang membekukan peruntukan tahunan sebanyak RM800,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS amat mendukacitakan. Setiap ADUN PAS di negeri ini layak menerima peruntukan untuk tahun ini selagi Parlimen belum dibubarkan untuk PRU-14.

Seramai 13 Adun PAS masih lagi berkhidmat di DUN Selangor mewakili rakyat yang memerlukan pembangunan dan peruntukan dalam menjayakan semua aktiviti kemasyarakatan. Mengapa Adun PKR yang lain dapat peruntukan tahunan dari kerajaan negeri, sebaliknya ADUN PAS dinafikan hak mereka. Akibat dari pembekuan elaun oleh Azmin mereka telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi menampung segala perbelanjaan aktiviti di kawasan yang diwakili.

Seramai Sembilan dari 13 Adun PAS telah mengeluarkan perbelanjaan sendiri iaitu sebanyak RM693,000 bagi menampung segala program di kawasan mereka. Perbelanjaan ADUN Chempaka Iskandar Abdul SAmad (RM197,000) diikuti dengan ADUN Gombak Setia Hasbullah Mohd Ridzuan (RM130,000) dan ADUN Selat Kelang Halimah Ali (RM100,000). PAS mengingatkan Azmin bahawa mereka ini mewakili kawasan hampir 500,000 penduduk Selangor, sekatan peruntukan ini telah menafikan hak mereka dalam membangunkan kawasan yang diwakili.

Berikutan masalah peruntukan kebanyakan ADUN PAS, mereka telah mencabar Azmin supaya menjawab kenapa peruntukan yang sepatutnya layak untuk mereka tidak dilaksanakan. Seperti sebelum ini Azmin berdalih mengatakan berlakunya masalah teknikal dari kerajaan negeri dan gagal memberi penjelasan munasabah kepada mereka. Azmin banyak berdolak dalih berkaitan isu ini jelas menunjukkan Azmin memang mempunyai niat untuk menggagalkan peruntukan ini. Perkara ini berlaku kerana tindakan PAS keluar dari Pakatan dan menyukarkan Azmin untuk mengekalkan kuasanya di Selangor pada PRU 14 nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memang tidak mempunyai niat untuk akan memberi peruntukan tahunan kepada 13 PAS di Selangor. Dendam yang tersimpan in dapat dilihat atas segala tindak tanduk Azmin terhadap ADUN PAS. Perbuatan Azmin ini bertujuan memberi pengajaran supaya PAS Selangor menyokong kembali Pakatan Harapan. PAS telah sebulat  suara mengatakan tidak akan berkerjasama dengan Pakatan Harapan selagi DAP menjadi sekutu mereka. Azmin seharusnya menyokong PAS dalam menegakkan Agama Islam di Selangor namun beliau sanggup bersekongkol dengan DAP.

Comments