WALAUPUN TELAH DIKASI, PPBM MAHU LAGI KERUSI



Imej PPBM sebagai parti dipenuhi oleh orang-orang yang tamak haloba dan hanya mementingkan diri sendiri sudah diketahui oleh semua pihak, termasuk sekutu-sekutu parti berkenaan. 

Untuk membantu mengukuhkan lagi ‘Imej PPBM sebagai parti dipenuhi oleh orang-orang yang tamak haloba dan hanya mementingkan diri sendiri’ tersebut, Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Negeri Sembilan telah menuntut lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pembangkang di Negeri tersebut,

Menurut Ketuanya, pengumuman dibuat ketika Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang diadakan disifatkan tidak adil kerana tidak mengambil kira pendapat pemimpin PPBM Negeri Sembilan, sehingga menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati.

“PH Negeri Sembilan dalam proses perbincangan untuk pembahagian kerusi dan kita dimaklumkan rundingan akan diteruskan selepas Konvensyen PH kelmarin. Jadi, kami semua terkejut apabila mereka mengumumkan pengagihan kerusi.”

Bagi Negeri Sembilan, pengagihan 36 kerusi DUN yang diputuskan adalah 12 PKR, 11 DAP, 7 PAN dan 6 PPBM. Bagi 8 kerusi Parlimen, setiap parti mendapat dua kerusi.

Ahli-ahli PPBM Negeri Sembilan yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut telah membuat protes di Konvensyen PH. Mohd Shahrul Anuar mendakwa, semua ketua bahagian dan ketua pemuda bahagian PPBM di negeri ini menyokong tindakan dan akan berkumpul bagi membuat sidang media dalam masa terdekat. 

Hanya setahun lebih setelah ditubuhkan, PPBM telah bergerak hingga mendominasikan PH dengan meletakkan Pengerusinya Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan. Pelantikan tersebut seterusnya memberanikan lagi ahli-ahli PPBM untuk minta paha walaupun diberikan betis. 

Adakah orang-orang seperti ini yang ingin diamanahkan untuk memimpin negara? Sudah tentu tidak.

Comments