TONY PUA GAGAL KETEPIKAN INJUNKSI SEMENTARA PM NAJIB TERHADAP FITNAH YANG DILAKUKANNYA



Tony Pua Kiam Wee gagal lagi dalam rayuannya untuk mengetepikan perintah injunksi sementara yang diperoleh oleh Perdana Menteri terhadapnya. Najib menyaman Pua atas kapasiti peribadi beliau dengan mendakwa bahawa Pua telah membuat kenyataan fitnah ke atasnya melalui klip video.

Klip video yang diterbitkan oleh Tony Pua dan ejen-ejennya didakwa memfitnah Perdana Menteri berkaitan pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Klip video yang berdurasi dua minit dan 21 saat dan bertajuk "BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member's Bill," boleh diakses secara meluas dan bebas melalui internet.

Sila klik link di bawah

https://www.facebook.com/DAPMalaysia/videos/10155125034299192/

Mahkamah Rayuan mendapati bahawa Najib telah memenuhi syarat yang diperlukan untuk injunksi sementara dibenarkan. Beliau berkata terdapat bukti bahawa Pua berniat untuk mengulangi kenyataan yang dikatakan berbaur fitnah.

Selain itu, mahkamah juga mengambil perhatian kehakiman bahawa Peguam Negara telah membuat keputusan bahawa Najib tidak melakukan apa-apa salahlaku berkaitan 1MDB.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, dan Peguam Negara dan hasil siasatan yang telah diumumkan kepada orang ramai oleh Peguam Negara dan SPRM membersihkan Najib daripada sebarang salahlaku jenayah.

Rakyat Malaysia tidak sepatutnya terpengaruh dengan dakyah pembangkang dan belum tentu PH mampu mentadbir rakyat dengan baik bila mana barisan kepimpinan pakatan masih keliru dengan halatuju mereka. Mereka sebenarnya masih bingung antara Lim kit Siang dan Tun Dr Mahathir yang mana satu pemimpin sebenar PH yang perlu diangkat menjadi Perdana Menteri.

Comments