SKANDAL SEKS MUHYIDDIN BERSAMA NIKA GEE PUNCA MUHYIDDIN LEMAH DAN LONGLAI



Krisis yang berlaku dalam parti berpunca daripada kelemahan kepimpinan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sebenarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dapat meneruskan survivalnya kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kini parti PPBM bagaikan nyawa-nyawa ikan dan hanya bergantung harap dengan Tun Dr. Mahathir. Bukan setakat itu, keadaan semasa yang melibatkan kelemahan kepimpinan Muhyiddin dalam mengurus parti juga menyebabkan beberapa pemimpin tertinggi serta sebilangan ahli tidak setuju Muhyiddin diangkat sebagai Presiden.

Selain daripada Mahathir, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan timbalannya, Mukhriz masih tidak dapat menyesuaikan diri sebagai pemimpin. Muhyiddin sebagai Presiden parti contohnya masih gagal menunjukkan kredibiliti yang boleh dibanggakan sehingga kini sebaliknya hanya pandai menikmati pelancongan mewah. Di samping itu, kelemahan Muhyiddin sebagai Presiden parti yang gagal terbukti apabila beliau mengawal konfrantasi antara kedua pemimpin sayap srikandi iaitu Anina dengan Datuk Hamidah Osman. Kelemahan ini  juga menjadi faktor kepada insiden ‘pengguguran jawatan’ Anina yang dikaitkan dengan pelbagai skandal dan krisis dalamannya denagan pemimpin-pemimpin parti .

Sudah jelas di sini PPBM ada banyak kelemahan khususnya dari segi kepimpinan dalam parti. Parti yang baru bertapak beberapa bulan dalam arena politik negara itu sekarang hanya bergantung kepada kredibiliti yang terdapat pada Mahathir. Parti ini dilihat dipimpin oleh seorang pemimpin saja. Tun Dr. Mahathir sebenarnya tidak dibantu oleh pemimpin lain dan mereka hanya bergantung harap pada aura Tun Dr. Mahathir untuk meneruskan sisa-sisa hidup parti ini. Ada Presiden parti pun tidak berguna kerana presidennya tidak berkemampuan untuk menyelesaikan masalah parti dan kini ibarat tukun lama yang tidak berguna kepada parti.






Comments