SEKUTU PKR, PAN SIFATKAN AZMIN SEBAGAI BADUT



Umum mengetahui bahawa memburuk-burukkan orang lain ada di dalam DNA Pakatan Harapan. Semua pihak nak diburukkan: Barisan Nasional, PAS, Polis, Kakitangan Awam dan banyak lagi. Sudah terlalu banyak pihak yang telah diburukkan sehingga Pakatan Harapan kehilangan ide mengenai siapa lagi yang nak diburukkan. 

Trend baru adalah Pakatan Harapan memburukkan Pakatan Harapan sendiri. Bermula dengan kempen #UndiRosak yang dilancarkan oleh ahli-ahli PKR untuk menentang pencalonan Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri Kelapan, trend ini disambung dengan PAN mengkritik Azmin dan menyifatkannya sebagai ‘badut’. 

Pengerusi PAN Selangor, Izham Hashim, di dalam kritikan terhadap Azmin berkata Timbalan Presiden PKR berkenaan tidak layak memegang jawatan menteri besar dan Pengerusi Pakatan Harapan negeri itu kerana berdolak-dalik mengenai rundingan kerusi pilihan raya umum di negeri berkenaan. Izham mendakwa Azmin berbohong dan Pakatan Harapan Selangor tidak pernah mengadakan sebarang rundingan mengenai perkara tersebut. 

“Tidak ada (rundingan kerusi). Dia ini badut. Bila masa kita bincang kerusi? Hanya PKR yang bincang tentang soal itu, tidak ada yang bincang dengan mereka,” 

Dalam pada itu, Izham memberitahu, PAN sudah menghantar surat rasmi kepada Azmin untuk memohon agar rundingan mengenai rundingan kerusi. Di dalam pernyataan sebelum ini, Azmin mendakwa PAN berbohong kerana kononnya Pakatan Harapan telah bermesyuarat sebanyak empat kali dan sebanyak 80% kerusi di Selangor telah pun diputuskan. 

“Nak jadi Pengerusi Pakatan Harapan Selangor kena bijak. Jujur sebenarnya beliau tidak fit untuk jadi menteri besar dan pengerusi negeri. Beliau tak boleh uruskan perkara mudah sebegini. Mesyuarat tidak panggil, kemudian tuduh kita pula yang berbohong,” kata Izham.

Nampaknya, Izham Hashim daripada Pakatan Harapan sendiri tidak percaya kepada kepimpinan Pakatan Harapan di Negeri Selangor. Namun, Izham tidak perlu risau sangat mengenai pembahagian kerusi kerana tidak kira apa persiapan Pakatan Harapan, rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Barisan Nasional bagi memenangi Selangor pada PRU Ke-14

Comments