PPBM TERUS TEKAN RAKYAT & KUTIP DANA DARI RAKYAT


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih meneruskan tindakan mereka merayu sumbangan kewangan daripada orang ramai dengan mengutip derma walaupun mendapat kecaman daripada pelbagai pihak. Pada program terbaru PPBM iaitu di majlis Santai Teh Tarik bersama Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Kampung Tampoi, Melaka semalam, parti itu dengan tidak segan silu merayu sumbangan derma daripada orang ramai.

Meskipun ditekan oleh beberapa pihak baru-baru ini berhubung tindakan parti itu, namun mereka seolah-olah tidak mengendahkan sebarang persoalan yang dibangkitkan oleh pihak berkenaan dan terus merayu serta meminta derma dari rakyat. Rakyat perlu membuka mata dan jangan terpedaya dengan gimik PPBM kerana terdapat pihak tertentu yang diminta memberikan sumbangan kepada parti secara rahsia oleh PPBM malah Dr. Mahathir sendiri pernah berjanji akan mendapatkan dana kewangan untuk PPBM.

Namun yang demikian, rayuan derma oleh Mahathir dilihat tidak mempunyai kewajarannya kerana ya­kin bekas Perdana Menteri tersebut mempunyai sumber-sumber tersendiri yang boleh membantu dalam mendapatkan dana kewangan bagi PPBM. 

Kini Mahathir dilihat cuba mengheret rakyat untuk menderma partinya sedangkan beliau sendiri mampu mendapatkan penaja untuk partinya ataupun mengeluarkan wang sendiri untuk menampung partinya. Hakikatnya Mahathir pernah mengatakan bahawa kos sara hidup semakin meningkat, tetapi malangnya beliau kini menekan rakyat dengan meminta derma bagi membantu kewangan partinya!





Comments