PPBM PERJUANGKAN MAHATHIR, MUKHRIZ DAN MUHYIDDIN; BUKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR.



Umum mengetahui bahawa PPBM memperjuangkan kepentingan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin. Permulaan parti berkenaan berpunca daripada Mahathir tidak berpuas hati kerana Najib tidak mahu menaikkan Mukhriz menjadi Naib Presiden Parti dan seterusnya Timbalan Presiden UMNO. 

Oleh itu, Mahathir menggerakkan konspirasi untuk menjatuhkan Najib melibatkan serangan terhadap 1MDB. Sementara itu, Mahathir, Mukhriz, Muhyiddin dan Shafie Apdal mengetuai serangan terhadap Najib dari dalam UMNO. 

Najib kekal kukuh menghadapi serangan demi serangan dan satu cubaan untuk memaksa Najib meletakkan jawatan gagal. Setelah menyedari bahawa tindakan beliau gagal, Mahathir merajuk dan keluar parti, mengulangi apa yang dilakukan semasa beliau menjatuhkan Abdullah Badawi. 

Malang bagi beliau, UMNO sudah muak dengan taktik tersebut dan tidak membuat apa-apa terhadap beliau. Sebaliknya, Mukhriz dan Muhyiddin yang merupakan duri dalam daging turut disingkirkan manakala Shafie Apdal meletakkan jawatan. 

Sedar bahawa mereka tidak dapat kembali kepada UMNO, Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin menubuhkan PPBM manakala Shafie Apdal menubuhkan parti beliau sendiri. 

Oleh itu, keadaan agak lucu dan pada masa yang sama menjengkelkan apabila terdapat ahli-ahli PPBM yang menggunakan akronim ABATA (Agama, Bangsa dan Tanah Air) pada poster dan pengenalan diri mereka. 

Cuba lihat bagaimana mereka boleh mendakwa bahawa mereka memperjuangkan Agama memandangkan U-lama Besar Yang Sesat lagi Menyesatkan mereka, Mahathir, memberikan contoh sempadan dengan memburuk-burukkan islam. Selain itu, anak beliau Marina memperjuangkan menghalalkan amalan-amalan luar tabii manakala cucu Mahathir berlagak dengan tidur dengan anjing-anjingnya. 

PPBM tidak memperjuangkan Bangsa, tidak dengan Mahathir bersekongkol dengan musuh bangsa Melayu utama iaitu DAP. Mahathir telah membuat pusingan U yang sangat besar dengan menjadikan DAP yang dulu dimusuhi beliau sebagai sekutu baru di dalam menentang Barisan Nasional.
Sudah tentu dengan penubuhan PPBM bagi memperjuangkan Mahathir, Mukhriz dan Muhyiddin, parti berkenaan bukan memperjuangkan Tanah Air. Mahathir telah jelas menunjukkan kepentingan Tanah Air bukan yang beliau pertimbangkan, tidak dengan skandal-skandal yang berlaku semasa pemerintahan beliau. 

Satu nasihat kepada ahli-ahli PPBM. Sudah-sudahlah menjadi hipokrit. Tidak payah bernaung di sebalik akronim ABATA dan terimalah keadaan bahawa semua yang ada di dalam PPBM memperjuangkan kepentingan diri sendiri.

Comments