PM HADIAHKAN RM 1.3 BILION UNTUK PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DI LANGKAWI




Pulau Langkawi sememangnya sangat sinonim sebagai antara lokasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Pulau Langkawi terkenal dengan pulau-pulau yang cantik lagi menenangkan. 

Populasi penduduk di Langkawi semakin bertambah dari tahun ke tahun. Oleh itu, Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’ Sri Najib Razak telah mengumumkan bahawa beliau bakal melaksanakan 5 projek infrastruktur di Langkawi. 

DSN membuktikan beliau begitu komited untuk terus membawa pembangunan ke Langkawi dengan mengumumkan peruntukan RM1.3 bilion bagi lima projek infrastruktur merangkumi projek tadahan air, menaik taraf Hospital Langkawi, pembinaan balai bomba, kuarters dan jalan raya. 

Kerajaan telah meluluskan projek untuk menaik taraf Hospital Langkawi untuk membina bangunan tambahan dengan kos RM500 juta. Buat masa ini, Hospital Langkawi tersebut hanya mampu menampung 110 katil pesakit sahaja. Dengan pembinaan bangunan tambahan itu, kapasiti keseluruhan hospital berkenaan akan meningkat kepada 220 katil. 

Selain itu, kerajaan juga telah meluluskan pembinaan kuarters dan integrasi untuk kakitangan Jabatan Kesihatan di Langkawi dengan kos RM135 juta. Ia bertepatan dengan objektif untuk menempatkan semua kakitangan kesihatan di sana nanti. 

Projek ketiga pula, kerajaan telah meluluskan pembinaan balai bomba Padang Mat Sirat yang lengkap dengan kemudahan kuarters dengan kos RM30 juta. Pengumuman ini juga disaksikan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot dan Presiden DPMM Rizal Faris Mohideen Abdul Kader. 

DSN juga turut mengumumkan, kerajaan akan menaik taraf jalan persekutuan Bulatan Lapangan Terbang-PULAPOL dengan kos RM50 juta. 

Projek seterusnya adalah pembinaan kemudahan tadahan air di Padang Mat Sirat yang dijangka siap 2022. Ia bertujuan untuk menampung keperluan air bersih untuk Pulau Langkawi sehingga tahun 2040. Unit Perancang Ekonomi sudah meluluskan peruntukan RM600 juta untuk projek tersebut. Projek ini secara puratanya dapat memastikan bekalan air tambahan sebanyak 124.48 juta liter sehari. 

Walaupun kedudukan Pulau Langkawi terletak jauh daripada pusat bandar, namun kerajaan tidak pernah melupakan tentang kebajikan rakyatnya. Keselamatan dan keselesaan rakyat menjadi asas utama perjuangan Kerajaan Barisan Nasional (BN). Tiada istilah pilih kasih dalam usaha untuk menjaga kebajikan rakyat. Kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan juga negara. Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan Negara ini, ayuh sama - sama kita sokong segala perjuangan yang telah dilakukan oleh BN. 

Comments