PH MAKIN BUNTU, QUINOA DIJADIKAN MODAL UNTUK HASUT RAKYAT



Quinoa tiba-tiba sahaja menjadi sebutan ramai netizen sebaik sahaja Dato’ Sri Najib Razak memberitahu beliau menjadikan quinoa sebagai pengganti nasi di dalam kehidupan sehariannya. Najib memberitahunya selepas mendapat soalan daripada rakyat Malaysia bagaimana beliau mampu untuk kekal sihat dan cergas setiap hari. Selain dari mengamalkan pemakanan quinoa Najib juga memberitahu bahawa melakukan senaman juga penting disamping kita menjaga pemakanan yang sihat. 

APA ITU QUINOA? 

Quinoa (Chenopodium quinoa) atau yang biasa juga disebut dengan nama keenwa adalah sejenis padi-padian yang berasal dari daerah Andean (pegunungan Andes), Amerika Selatan. Quinoa sudah dikenal dan digunakan sebagai makanan pokok oleh masyarakat Indian sejak lama. Suku Inca menganggap quinoa adalah makanan yang sakral, bahkan mereka menyebutnya sebagai chisaya mama atau “induk dari semua biji-bijian”. Quinoa merupaka alternatif yang baik untuk menggantikan nasi. 

Sebaik sahaja Najib mendedahkan rahsianya untuk kekal sihat, pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH) telah mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini untuk menghasut rakyat. Kononnya Najib tidak prihatin terhadap rakyat yang didalam kesusahan. Tidak dinafikan kos untuk mendapatkan quinoa sedikit mahal berbanding dengan nasi. Namun sebagai seorang Perdana Menteri beliau seharusnya bijak untuk menjaga kesihatannya supaya mampu untuk terus berbakti kepada rakyat. 

Tidak ketinggalan Mahathir telah mengambil kesempatan ini untuk menghentam Najib. Beliau memberitahu bahawa beliau sekadar mampu untuk membeli beras tempatan sahaja. Kononnya menampakkan diri beliau seolah sangat prihatin terhadap rakyat. 

Jika benar Mahathir sangat prihatin terhadap rakyat, mengapa sanggup minta sedekah daripada rakyat yang dikatakan sedang tertekan dengan kos sara hidup? Jika benar Mahathir prihatin dengan rakyat, mengapa habiskan berjuta-juta ringgit untuk membeli kereta dan rumah mewah? Jika benar Mahathir prihatin dengan rakyat, mengapa tidak gunakan sahaja duit hasil rompakan semasa menjadi PM dahulu sebagai dana pru tanpa meminta derma rakyat? Adakah benar Mahathir prihatin dengan rakyatnya? 

Najib juga seperti manusia biasa, beliau sendiri mengakui yang beliau adalah pencinta makanan dan sangat suka makan. Beliau gemar untuk makan nasi lemak dan nasi vanggey. Untuk kekal sihat beliau perlu untuk ambil alternatif lain untuk memastikan dirinya sentiasa sihat. Quinoa ini bukanlah diambil pada setiap hari, ia cuma pengganti kepada nasi dan sama konsepnya seperti ubat dan vitamin. 

Bagaimana pula dengan wang yang dihabiskan Mahathir untuk memberi makan kepada kuda-kuda ternakan beliau? Secara logiknya memberi makan kuda peliharaan Mahathir lebih tinggi kosnya berbanding dengan Quinoa. Kuda peliharaan Mahathir begitu banyak sehingga di Argentina juga Mahathir ternak kuda. 

Sebagai Perdana Menteri kesihatan diri perlu dijaga dengan baik. Hal ini kerana menjadi Perdana Menteri bukanlah satu tugas yang mudah kerana waktu rehat yang sangat terhad. Semoga Dato’ Sri Najib Razak akan kekal sihat dan sejahtera untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.

Comments