PENYAMUN PEROMPAK MAHATHIR DAN RAKAN-RAKAN INGIN MEMERAH LAGI WANG DARI RAKYAT






Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAN diketahui oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Perkara itu berlaku walaupun PPBM baru ditubuhkan pada September 2016, iaitu kurang daripada 2 tahun dan Pakatan Harapan ditubuhkan lebih awal iaitu pada 2015.

Pandangan mengatakan bahawa PPBM dilantik mengetuai Pakatan Harapan adalah bagi memenangi kawasan-kawasan luar bandar dengan meminjam pengaruh Mahathir. Walaupun tidak salah, tetapi adakah begitu mudah pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan untuk menerima Mahathir yang telah mengambil tindakan terhadap mereka dan pengikut parti-parti mereka. 

Reaksi negatif daripada pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong Pakatan Harapan yang menentang pelantikan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan membuktikan bahawa pandangan tersebut adalah tidak begitu tepat. 

Oleh itu, apakah sebab Pakatan Harapan memilih PPBM sebagai ketua? Jawapan sebenarnya adalah mudah iaitu walaupun kecil berbanding DAP dan PKR, PPBM mempunyai SUMBER ataupun lebih tepatnya wang dan harta yang boleh digerakkan untuk PRU Ke-14. 

Sebagai bukti yang mudah, anak-anak Mahathir dan keluarga Muhyiddin adalah jutawan. Marina Mahathir yang merupakan penyokong LGBT secara profesional pun mempunyai syarikat-syarikatnya sendiri. Sebagai perbandingan, tidak banyak pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang kaya. Lim Guan Eng pun terpaksa mengambil kesempatan daripada projek Terowong Bawah Tanah. 

Oleh itu, adalah lucu apabila PPBM yang merupakan parti paling kaya di dalam Pakatan Harapan melancarkan tabung derma bagi membantu gerak kerja parti menjadi kerajaan baharu. Pelancaran tabung derma itu dilancarkan oleh Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin pada sidang media di ibu pejabat PPBM, semalam.

“Tabung Derma itu diwujudkan bertujuan membantu gerak kerja parti yang sedang dan terus dilakukan dalam usaha mendapatkan sokongan rakyat dan penyertaan masyarakat umum bagi menjayakan impian menjadi kerajaan baharu terlaksana.



“Kita amat menghargai segala sumbangan yang diberikan. Diharapkan dengan sumbangan itu Bersatu dapat bergerak dengan lebih berkesan,” katanya.

Biasanya, parti yang baru ditubuhkan akan memohon derma pada awal penubuhannya, seperti yang dapat dilihat pada parti-parti seperti UMNO, PAS dan turut termasuk DAP. Tetapi kemampuan PPBM menjalankan aktiviti-aktktiviti selama setahun lebih membuktikan PPBM tidak perlu wang derma dari rakyat. 

Jadi mengapa perlu dilancarkan tabung derma tersebut? Jawapannya tidak lain dan tidak bukan adalah kerana PPBM tidak puas hati dengan kekayaan sedia ada dan sebaliknya ingin memeras lagi wang daripada rakyat. 

Inginkan rakyat beri peluang kepada mereka untuk memeras lebih banyak wang daripada rakyat? Jawapannya sudah TENTU TIDAK

Comments