PENINGKATAN EKONOMI MALAYSIA UNTUK RAKYAT



Malaysia merupakan sebuah Negara yang sedang pesat membangun dan telah menjadi tumpuan pelabur dari negara luar. Kestabilan ekonomi dan keselamatan dalam negara menjadi faktor utama bagi pelabur dalam Malaysia. Wujudnya pelaburan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat Malaysia. Dasar keterbukaan yang diamalkan oleh kerajaan juga telah menjadi faktor penarik ramai pelabur untuk melabur di dalam Negara seperti China. 

Malaysia kini berada di kedudukan ke-18 daripada 140 negara maju dan membangun. Malaysia juga berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan 20 ekonomi utama paling berdaya saing di dunia dan ia adalah sesuatu yang sangat memberangsangkan. Dengan perkembangan kemajuan ini Malaysia juga telah menjalinkan kerjasama dengan Indonesia, China, Arab Saudi, Jepun dan negara maju lain dalam mencari peluang-peluang perniagaan bagi membantu golongan ahli perniagaan dari Malaysia. 

Kerajaan Barisan Nasional (BN) bukanlah seperti negara lain yang meninggalkan atau tidak mengambil berat berkaitan dengan kehidupan rakyat. Keberkesanan pentadbiran negara dan di takbir urus dengan baik membolehkan pengagihan hasil pendapatan kepada rakyat tanpa mengira kaum dapat dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup mereka. 

Kerajaan yang memerintah sekarang mengutamakan kebajikan dan kesusahan rakyat dengan mewujudkan berbagai program seperti BR1M, Kedai R1M 2.0, KR1M, UTC, PPRT dan banyak lagi yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat. Pertumbuhan ekonomi negara yang berkembang sebanyak 5.9 peratus pada 2017 berbanding 4.2 peratus (2016). Bank Negara Malaysia mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menokok 5.9 peratus pada 2017, dengan permintaan sektor swasta terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi Malaysia. 

Dakwaan Malaysia akan bankrup sekaligus membuktikan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang itu hanyalah bertujuan untuk memburuk-burukan dan menjatuhkan kerajaan semata-mata. Ini terbukti dengan pengiktifafan Bank Dunia, Bloomberg dan Tabung Kewangan Antarabangsa Fund (IMF). Perkembangan positif ini telah meyakinkan lagi bahawa perkembangan ekonomi Malaysia sekarang berada ditahap yang terbaik. 

Keadaan ekonomi yang kukuh ini telah membolehkan karajaan membantu rakyat negara lain yang memerlukan bantuan hasil hubungan diplomatik negara seperti isu pelarian Rohingyah di Myanmar. Perkongsian dari segi kuasa politik dan ekonomi juga telah membolehkan penyatuan rakyat berbagai kaum di Malaysia hidup bersatu padu dan dalam keadaaan harmoni. 

Kerajaan telah memperkenalkan rancangan subsidi minyak serta melaksanakan GST bertujuan untuk membantu rakyat dan negara dari segi tunai. Kerajaan dapat menjimatkan sebanyak RM22 bilion daripada rancangan subsidi minyak dan GST ini. Pendapatan ini dapat disalurkan kepada rakyat melalui program-program yag telah dirancang oleh negara. Ini bertujuan merancakkan lagi kuasa membeli dan mengguna di kalangan rakyat dan sekaligus dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi makro negara. 

Perkembangan ekonomi yang memberansangkan ini sangat memberi manfaat kepada rakyat dan negara amnya. Secara keseluruhan pembangunan yang dilaksanakan bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia. Subsidi minyak dan GST sering dimainkan sebagai isu utama dalam membangkitkan kemarahan rakyat. Dengan adanya lebihan pendapatan negara akan dapat melaksanakan berbagai bantuan bagi meringankan dan memeberi kemudahan yang terbaik kepada rakyat demi keselesaan bersama.

Comments