PEMBANGUNAN KAMPUNG BHARU: JANJI LAMA MAHATHIR KEKAL JANJI



Terdapat perbezaan yang nyata antara gaya pemerintaan Mahathir dan Najib. Pembangunan yang difokuskan oleh Mahathir adalah pembangunan fizikal terutamanya projek-projek pembangunan fizikal ber’efek’ besar iaitu kelihatan kepada semua pihak seperti industri berat seperti PROTON dan PERWAJA serta projek berskala besar seperti Litar Sepang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur,  Menara Kuala Lumpur dan Menara Berkembar Petronas 

Mahathir kelihatan berpandangan bahawa projek-projek berkenaan akan menjana pekerjaan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Sebaliknya pembangunan yang ber’efek’ kecil seperti pembangunan kawasan bandar tidak begitu menarik. 

Oleh itu tidak hairanlah Mahathir tidak menunaikan janjinya untuk membangunkan Kampung Bharu sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari. Menurut beliau, Dr. Mahathir pernah menyatakan hasrat untuk membangunkan Kampung Bharu sekitar 1990-an, namun ia tidak pernah menjadi kenyataan.

"Semasa saya membesar di kawasan ini, Dr Mahathir pernah kata mahu bangunkan Kampung Bharu, tapi tidak ada apa pun, tak jadi.

Sebaliknya Najib lebih mengfokuskan pembangunan yang meluas berbanding kepada projek-projek ber’efek’ besar. Najib tidak berminat untuk membuat litar lumba atau mewujudkan industri berat baharu. Sebaliknya beliau mengfokuskan kepada pembangunan urbanisasi iaitu pembangunan bandar secara berperingkat dan infrastruktur-infrastruktur bagi menyokongnya. 

Oleh sebab itu, pada 2015, Najib mengumumkan cadangan pembinaan Pusat Bandar Kampung Bharu (KBCC) sebagai 'core centre' kawasan itu, selain pusat kraftangan dan kesenian Melayu, pembinaan pintu gerbang yang menjadi identiti Kampung Bharu dan pelebaran laluan.

Adakah projek ini ber’efek’ besar? Tidak sama sekali. Tapi adakah projek ini akan memberikan faedah kepada penduduk Kampung Bharu secara langsung dan tidak langsung? Sudah tentu. Penduduk Kampung Bharu sememangnya sudah lama ternanti-nanti usaha untuk membangunkannya dan Najib telah memulakan usaha tersebut. 

Syabas, Najib. 

Pada masa yang sama, adalah agak malang bagi  Pakatan Harapan memilih untuk mengangkat Mahathir sebagai Perdana Menteri memandangkan kecenderungan pemimpin berkenaan untuk meneruskan gaya pemerintahan beliau yang secara jujurnya sudah ketinggalan zaman dan dibuktikan kurang sesuai oleh beberapa projek beliau seperti PROTON dan Litar Sepang.

Comments