PAKATAN HARAPAN GAGAL MUKTAMADKAN AGIHAN KERUSI DI KEBANYAKAN NEGERI


Pakatan harapan (PH) gagal memuktamadkan pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kebanyakan negeri menyebabkan Pengerusinya Tun Dr. Mahathir Mohamad pening lalat dan bercelaru untuk mencari jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kemelut ini. Ternyata ketidaksepakatan parti komponen PH menyukarkan pengagihan kerusi ini dan menampakkan sikap parti yang hanya mahu mendahului antara satu sama lain untuk mendapat kerusi DUN yang banyak di negeri masing-masing.

Terbaru isu agihan kerusi DUN di negeri Pulau Pinang turut menemui jalan buntu apabila Dr. Mahathir sendiri mengakui terdapat masalah dalam hal pembahagian kerusi. Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) meminta anggota pembangkang supaya membelakangi parti mereka masing-masing demi kepentingan dan kemenangan Pakatan Harapan. 

Beliau juga terpaksa menggesa semua pihak supaya bersetuju dan menyokong keputusan pembahagian kerusi yang diputuskan pucuk pimpinan pakatan itu walaupun keputusan ini perit untuk diterima sebahagian besar pemimpin negeri. Ternyata tindakan Pengerusi PH ini memberi mesej jelas bahawa PH sebenarnya tidak sepakat dan sukar untuk menuruti kemahuan parti komponennya.

Lihat saja insiden bulan lepas, Konvensyen PH Negeri Sembilan kecoh apabila kira-kira 40 anggota PPBM yang tidak berpuas hati dengan agihan kerusi DUN di negeri itu yang membantah keputusan pucuk pimpanan parti yang mengagihkan kerusi secara tidak adil kepada parti. Di samping itu juga, satu lagi contoh jelas adalah di Selangor apabila kerusi-kerusi DUN Selangor menjadi rebutan antara parti PKR dan PAN.

Kemelut dan ketidakpuasan hati pemimpin PH berhubung agihan kerusi telah menyebabkan pemimpin tertinggi mereka saling hina menghina di antara satu sama lain. Ada yang menggelar mereka 'Badut,Joker dan Pembohong'. Dengan situasi terkini yang menimpa PH, tidak mustahil lebih banyak kemelut akan berlaku dalam PH yang menjurus kepada ketidakpuasan hati pemimpin mereka dan perpecahan dalam parti menjelangnya PRU14 nanti.







Comments