NURUL IZZAH WAS-WAS UNTUK PERTAHANKAN KERUSI LEMBAH PANTAI


Sejak kebelakangan ini, ada ura-ura dan khabar angin menyatakan bahawa Nurul Izzah Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai akan berpindah ke kerusi lain pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti. Di antara kerusi yang dikaitkan dengannya adalah kerusi parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang yang diwarisi keluarga bapanya Anwar Ibrahim.

Sudah tentu, Nurul Izzah juga cuba mendapatkan kawasan selamat untuk bertanding pada PRU nanti kerana beliau juga khuatir dengan situasi semasa di Lembah Pantai yang tidak memihak kepadanya. Ini kerana ramai penyokongnya mulai tidak percaya kepadanya berikutan kegagalan beliau untuk mempertahankan kebajikan pengundi di Lembah Pantai.

Contohnya sudah ada di mana pada 27 Februari tahun lalu, Projek Residensi Kerinchi yang menempatkan 472 isi rumah telah dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak namun, 35 keluarga tidak menandatangani perjanjian projek berkenaan sebelum ini gara-gara tindakan Nurul Izzah yang dilihat cuba menggagalkan projek itu sebelum ini. Hasutan Nurul Izzah itu akhirnya menyebabkan mangsa 35 keluarga tersebut menyesal kerana tidak dapat rumah baharu.

Walaubagaimanapun, Naib Presiden PKR itu  berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU 14 tetapi Nurul Izzah sebenarnya was-was untuk mempertahabkan kerusi tersebut. Sikap was-wasnya itu boleh dibuktikan dengan tindakannya memberi alasan bahawa keputusan akhir untuk meletakkan calon di Lembah Pantai adalah di tangan pucuk pimpinan.


Jika benar Nurul Izzah komited, beliau boleh menyarankan agar pucuk pimpinan meletakkannya kembali bertanding di kerusi yang sama. Beliau kini was-was dan sebenarnya sedang mengintai bagi mencari tempat selamat untuk menang pilihan raya akan datang bagi meneruskan legasi politik bapanya Anwar Ibrahim. Nurul Izzah menyandang kerusi itu sejak 2008 hingga kini selama 2 penggal dan kini berdepan kekalahan di kerusi itu jika beliau bertanding semula di kerusi Lembah Pantai.

Comments