MOKHZANI CALON BARU DINASTI MAHATHIR?



Semua tahu bahawa Mahathir ingin meninggalkan legasi pemerintahan beliau agar dikenangi oleh rakyat Malaysia selama-lamanya. Sebab itulah Mahathir telah mengarahkan projek-projek berkos dan berskala besar. Projek mercu seperti KLCC dan Sepang International Circuit sudah tentunya dikaitkankan dengan Mahathir. Walaupun beliau boleh menumpukan pada projek-projek psarana, beliau lebih berminat diingati oleh rakyat berbanding membantu secara terus. 

Langkah seterusnya adalah mewujudkan Dinasti Mahathir, seperti yang dibuat oleh mendiang Lee Kwan Yew dan bekas seterus merangkap kawan karib beliau Lim Kit Siang. Cara memastikan bahawa Dinasti Mahathir kekal relevan adalah dengan menaikkan Mukhriz menjadi Perdana Menteri secara ekspress. 

Namun pengganti Mahathir, Abdullah Badawi tidak berminat untuk memacu kerjaya Mukhriz secara ekspres menjadi Perdana Menteri. 

Najib turut tidak berminat untuk mengangkat Mukhriz secara terus dan sebaliknya memberikan peluang untuk Mukhriz untuk membuktikan diri beliau sendiri. 

Malangnya Mukhriz tidak mampu berbuat demikian. Semasa Mukhriz menjadi Menteri Besar, rakyat Kedah membuat pemerhatian bahawa sebelum dilantik, Mukhriz hidup senang-lenang orang kaya. Sebaliknya apabila menjadi MB, Mukhriz memakai jubah dan kerap makan di gerai-gerai di tepi jalan. 

Malangnya, seperti musang berbulu ayam, Mukhriz tidak dapat menyorok sikap sebenar beliau. Daripada menunaikan tanggungjawab sebagai MB Mukhriz lebih berminat menaiki kapal terbang jet peribadi untuk balik ke rumahnya Kuala Lumpur setiap minggu. Selain itu, Mukhriz cenderung untuk menyerahkan tugas-tugas beliau kepada orang lain untuk diselesaikan. 

Sehingga sekarang, Muhkriz yang merupakan Timbalan Presiden PPBM dilihat tidak berkemampuan untuk memimpin parti berkenaan dan seterusnya Pakatan Harapan. 

Tetapi Mahathir masih mempunyai calon pengganti iaitu Mokhzani Mahathir. Terdapat ura-ura mengatakan bahawa Mahathir ingin menempatkan Mokhzani sebagai calon PPBM selain Mukhriz yang akan ditetapkan di kerusi selamat. 

Sebelum keluar dari UMNO, jawatan tertinggi Mokhzani dalam politik adalah Penolong Bendahari Pemuda Umno Malaysia menjadikan beliau berpengalaman di dalam politik. Marina Mahathir turut mempunyai pengalaman di dalam politik tetapi memandangkan beliau aktivis pro LGBT dan menyokong agar Islam disekularkan, Marina tidak akan popular di kalangan masyarakat Melayu Islam. 

Untuk memulakan kerjaya beliau, jutawan hasil bantuan bapanya itu akan bertanding di kawasan Titiwangsa atau Setiawangsa.

Namun, percaturan Mahathir untuk memulakan Dinasti Mahathir tidak akan berjaya. Rakyat Malaysia akan memastikan perkara tersebut berlaku.

Comments