MINYAK SAWIT MALAYSIA TIDAK AKAN DIHADKAN MALAH AKAN DITAMBAH ESKPORTNYA KE PASARAN CHINA



Setengah juta pekebun kecil kelapa sawit akan dapat faedah kerana kerajaan China dikatakan bersetuju untuk menambah pembelian produk minyak sawit daripada Malaysia.

Malaysia mengeksport minyak sawit dan produk berasaskannya bernilai RM8.52 bilion ke China bagi tempoh Januari sehingga November tahun lepas berbanding RM7.76 bilion bagi tempoh sama 2016, iaitu peningkatan sebanyak 9.8 peratus.

Oleh itu, Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian memaklumkan China akan mengimport lebih banyak produk utama seperti minyak sawit dan produk berasaskan getah dari Malaysia pada masa depan. Malah China juga dikatakan tidak akan mengenakan sebarang had import bagi minyak sawit dan produk berkaitan dari Malaysia. Malah, tiada sebarang had bagi import tersebut.

Kajian di China, oleh Institut Penyelidikan & Perkhidmatan Teknikal Minyak Sawit MPOB (POTSIM) di Gansu, membuktikan minyak sawit kaya dengan karoten dan khasiat yang diperlukan oleh tubuh badan manusia.

Kajian keatas 2 ribu pelajar yang diberi biskut berasaskan lemak sawit telah mampu mengatasi masalah kekurangan vitamin A. Keputusan lebih meyakinkan lagi bahawa minyak kelapa sawit boleh dipelbagaikan pengeluarannya serta dapat memberi pulangan yang baik kepada industri Malaysia dan China.

Untuk makluman semua, China adalah pasaran yang besar bagi minyak kelapa sawit dan Indonesia adalah pesaing utama kepada Malaysia. #klbeijing

Adakah China sudah dijajah Malaysia? Inilah hasil kerjasama strategi dua negara yang direncanakan oleh PM Najib kita yang begitu optimis terhadap pembangunan industri minyak kelapa sawit negara. Menurut Perdana Menteri, hubungan Malaysia dan China kini berada pada tahap yang terbaik dalam sejarah seperti mana yang dimaklumkan oleh Presiden China, Xi Jinping.

Walaupun cuba diboikot dan dihalang oleh Negara-Negara Kesatuan Eropah (EU) untuk dieksport ke negara mereka, namun Kerajaan Malaysia terus berusaha memastikan produk Felda dan pekebun kecil di Malaysia terus mendapat pulangan yang baik dengan hasil tanaman mereka.

Comments