MENTERI BESAR RAKUS AZMIN ALI AMAL SIKAP LEPAS TANGAN ISU TANAH DI IJOK


Azmin Ali dan Kerajaan negeri Selangor dilihat mengamalkan sikap lepas tangan hingga membiarkan tanah milik rakyat dijual kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.18 bilion. Tindakan kerajaan negeri dalam isu tersebut seolah-olah satu pengkhianatan kepada rakyat sekali gus memungkinkan Azmin Ali cuba mencari keuntungan tertentu di sebalik penjualan tanah berkenaan yang dianggarkan seluas 880 hektar di Mukim Ijok.

Lebih malang lagi Azmin Ali dan kerajaan negerinya dilihat turut gagal secara adil membela nasib kira-kira 981 peneroka asal apabila tuntutan mereka untuk mendapatkan pampasan wang tunai termasuk sebuah rumah seperti yang dijanjikan dinilaikan mengikut harga pada tahun 2000, bukannya berasaskan kepada harga semasa.

Rakyat sebenarnya boleh lihat banyak masalah serta isu timbul selepas Azmin Ali menjadi Menteri Besar Selangor. Malah setiap kali masalah berlaku, Azmin Ali mengambil jalan mudah sama ada berdiam diri atau menyalahkan orang lain.

Dalam isu tanah di Mukim Ijok ini sebagai contoh, yang bersetuju supaya tanah milik kerajaan negeri itu diserahkan kepada dua syarikat swasta sebelum dijual kepada sebuah syarikat lain pada harga RM1.18 bilion adalah Menteri Besar Selangor sendiri. 

Tindakan tergesa-gesa Azmin Ali membenarkan dua syarikat swasta menjual tanah di Mukim Ijok bernilai RM1.181 bilion kepada sebuah syarikat lain sebelum proses di Mahkamah Persekutuan selesai dijalankan ternyata satu tindakan mengkhianati amanah rakyat Selangor.

Sebagaimana yang diketahui umum, tanah itu sebelum ini adalah milik dua syarikat terbabit iaitu LBCN Development Sdn. Bhd. (LBCN) dan Mujur Zaman Sdn. Bhd. (MZSB) pada 1998 namun telah dirampas kerajaan negeri pada 2008 di bawah Kanun Tanah Negara kerana melanggar syarat dan terma perjanjian.

Di samping itu, tindakan Azmin Ali yang memberikan kebebasan kepada LBCN dan MZSB menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga walhal kedua-dua syarikat itu melanggar syarat perjanjian sebelum ini termasuklah gagal menyelesaikan pampasan kepada para peneroka ternyata membelakangi nasib peneroka asal di tanah tersebut.

Pendek kata, masalah yang melanda negeri Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali semakin tenat hari demi hari. Apa yang cuba disembunyikan Azmin Ali dalam isu tanah di Ijok ini? Bagaimana pula nasib 981 peneroka di Ijok selepas ini? Nampak gaya Kerajaan Azmin Ali sudah hilang ketelusannya sebagaimana dilaungkan Azmin Ali ketika dilantik menjadi Menteri Besar pada tahun 2014.



Comments