MENIPU DAN MENGHASUT KERJA HAKIKI RAFIZI.



Rafizi memang mengaku yang kerja dia selama ini menghasut dan menipu rakyat, tiada apa yang peliknya, kerana penipu dan penghasut seperti Rafizi akan mencuba membuat apa sahaja dengan mencari ruang, peluang dan kesempatan dengan membuat isu sensasi yang kebanyakkannya tiada fakta, sehinggakan betul atau tak betul belakang kira, yang penting rakyat terpengaruh dengan apa yang Rafizi katakan.

Kita boleh melihat penipuan, pembohongan, fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh Rafizi, contoh-contohnya adalah seperti di bawah:

1.  Fitnah semasa himpunan haram Blackout PRU13, Rafizi mengaku bersalah menganjur perhimpunan blackout di Padang Merbok tanpa persetujuan daripada pemilik padang. Rafizi juga gagal mengemukakan bukti mengenai blackout semasa PRU13, terutamanya dakwaan pengundi hantu dan Bangladesh seperti yang didakwa.

2. Fitnah UMNO serang gereja menggunakan Molotov. Rafizi gagal kemuka bukti di mahkamah dan dijatuhi hukuman denda RM1,800.

3. Fitnah kerajaan beli BMW 7series. Rafizi membuat tuduhan kononnya kerajaan membeli kereta BMW untuk kegunaan, ia bagaimanapun dinafikan syarikat BMW sendiri dan tiada permohonan maaf daripada beliau.

4. Fitnah kononnya yuran konsultan oleh MMC Gamuda kepada MRT sebanyak RM7 bilion. MMC Gamuda menjelaskan yang bayarannya sebagai rakan kongsi penyediaan projek (PDP) untuk projek Transit Aliran Ringan 1 (MRT 1) dianggarkan RM750 juta. Rafizi tidak meneruskan fitnahnya dan tidak lagi dimainkan isu ini.

5. Fitnah kerajaan akan menanggung kos berjumlah RM8.2 bilion bagi projek pembinaan hospital UiTM di kampus Puncak Alam. Padahal, kos sebenar hanyalah RM559 juta. UiTM mengeluarkan kenyataan amat terkilan dengan maklumat tidak tepat dan disensasikan oleh Rafizi.

6. Fitnah Tabung Haji memberi jaminan korporat kepada syarikat sekutu, TH Heavy Engineering Bhd (THHE). Lembaga Tabung Haji menafikan tuduhan itu dan membuat laporan polis.

7. Fitnah FELDA mengambil hutang bagi membiayai Bonus Insentif Produktiviti Peneroka (BIPP). FELDA menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan menegaskan FELDA mempunyai keupayaan kewangan dan kemampuan.

 8. Sekarang Rafizi melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) tidak sepatutnya dibela sama sekali walaupun atas alasan mendedahkan kesalahan orang lain kerana perbuatan Naib Presiden PKR itu merupakan suatu jenayah yang serius. 

Rafizi ini menyusahkan kerajaan, Rafizi pemimpin yang sangat merugikan parti sehinggakan disanjung tinggi menjadi Setiausaha Agung PKR dan seterusnya memegang lagi jawatan yang lain iaitu Naib Presiden PKR.

Kesimpulannya memang layak Rafizi masuk ke dalam penjara kerana kesalahan-kesalahannya yang dilakukan selama ini. Bertaubatlah Rafizi jangan terus melakukan kesilapan.

Comments