MAT SABU GILA NAK BERTANDING DI JOHOR



Dengar kata Mat Sabu mahu memperkukuhkan lagi Barisan Kepimpinan AMANAH bagi memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Mat Sabu dikatakan sedang memasang strategi untuk membawa tokoh-tokoh yang lain daripada parti AMANAH bagi memperkemaskan dan memperketatkan kedudukan AMANAH di Johor. 

Kini Amanah dalam proses untuk membawa YB Khalid ke Johor bagi memperkukuhkan lagi Barisan kepimpinan Amanah bagi memberikan kemenangan kepada Pakatan Harapan. Selain Khalid, Pakatan Harapan akan memikirkan untuk membawa tokoh-tokoh lain daripada parti bagi memperkemaskan dan memperketatkan kedudukan Amanah di Johor bersama-sama dengan timbalan presiden parti Salahuddin Ayub.

Amanah bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum Ke 14 membuktikan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP mempunyai agenda politik dan kepentingan peribadi untuk menunjukkan bahawa mereka angkuh dan sombong untuk menakluki negeri Johor. Walau apa pun Parti Mat Sabu akan terus memprgiatkan usaha memancing undian dan sokongan orang Cina di Johor yang kita semua tahu kubu kuat UMNO.

Kemasukan Amanah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 juga memberikan semangat dan motivasi kepada pengundi Cina untuk mengundi calon-calon Amanah, DAP dan Pakatan Harapan dan dalam masa yang sama menolak calon Melayu di Johor.

Namun jika kita dapat lihat dan fikir-fikirkan semula di sebalik kemenangan Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP ialah kerana mendapat bantuan dan sokongan daripada orang besar Melayu Johor yang membantu ke arah usaha menjatuhkan dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional. Apabila campur tangan dan peranan tikam belakang dengan kuasa yang ada di tangan, tidak mustahi; parti Cina KIASU DAP ini boleh mencapai apa sahaja yang mereka cita-citakan selama ini untuk menakluk dan menawan Johor.

Bukan begitu sahaja bahkan bekas otai UMNO, Muhyiddin Yassin kini sedang berusaha dan giat dalam mendapatkan sokongan dan undian orang Melayu Johor kepada parti tajaan Mahathir tidak lain tidak bukan BERSATU. Johor bakal menerima tsunami politik pada Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan kemasukan parti-parti TAMBAHAN CENDAWAN PEMBANGKANG seperti BERSATU.

Perjuangan Amanah dan Pakatan Harapan yang diterajui oleh DAP bertanding di Johor hanya bertumpu kepada matlamat untuk menjatuhkan dan menumbangkan Najib dan Kerajaan Barisan Nasional dan Najib malah parti itu juga tidak mempunyai sebarang hala tuju yang positif ke arah kepentingan dan kebajikan rakyat. Kemelut dalaman yang sedang melanda Pakatan Harapan dan Amanah akan terus disebarkan kepada rakyat khususnya agar mereka sedar tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik perancangan mereka.

Kesimpulannya rakyat khususnya jangan sekali-kali mengundi Amanah, satu undian untuk Amanah, bermakna kita mengundi Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP.

Comments