MAHATHIR “GOYANG” KERAJAAN NAK GUBAL UNDANG-UNDANG BERITA PALSU



Kepakaran Pakatan Harapan(PH) sememangnya dikenali dengan sikap suka menabur fitnah kepada rakyat serta penyebaran berita palsu. Berita palsu yang dibuat oleh puak PH ini sememangnya telah Berjaya menghuru-harakan Negara. Lihatlah bagaimana perhimpunan-perhimpunan haram yang telah diadakan oleh pembangkang BERSIH, REFORMASI dan banyak lagi. Ini adalah satu medium untuk mereka menyebarkan fitnah kepada rakyat Malaysia supaya membenci kerajaan. 

Baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, satu jawatan kuasa khas telah dibentuk bagi mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara. 

Katanya lagi, kerajaan merasakan perlunya ada langkah-langkah baharu untuk menangani masalah penularan berita palsu agar orang ramai lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita yang tidak sahih. 

Seperti yang dijangka, Mahahtir yang sebelum ini sangat lantang mengkritik kerajaan. Beliau sering membuat fitnah bahawa Dato’ Sri Najib Razak telah mencuri duit rakyat. Beliau juga telah menuduh Najib adalah Perdana Menteri yang paling korup sekali. Terbaru, Mahathir menuduh Najib telah menghantar rombongan haji menggunakan hasil duit curi. Bagaimana Mahahtir boleh berkata sedemikian sedangkan tiada sebarang bukti yang mengatakan Najib adalah seorang pencuri. 

Mahathir juga telah menggunakan media asing dengan wang ringgit untuk menyiarkan berita palsu berkaitan dengan kerajaan yang bertujuan untuk menggulingkan BN khususnya Najib dari tampuk pemerintahan. Berita berkaitan penyelewengan dalam 1MDB, FELDA dan Tabung Haji sebelum ini semuanya palsu dan bohong. 

Setiap kali Mahathir menghadiri ceramah, beliau akan menggunakan cerita palsu sebagai modal untuk menghasut pemikiran semua rakyat Malaysia untuk terus membenci kerajaan BN. Isu yang jelas terbukti bahawa Najib tidak bersalah, akan terus di ulang-ulang supaya rakyat percaya dengan semua fakta yang telah dikeluarkannya. Tidak hairanlah Mahathir begitu marah sebaik sahaja kerajaan umumkan mahu wujudkan undang-undang banteras berita palsu. 

Benar Mahathir pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun iaitu Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat, beliau akan menjadikan pengalamannya memerintah Malaysia selama 22 tahun sebagai bukti bahawa beliau adalah seorang menteri yang bijak dan membuatkan rakyat akan lebih percaya Mahathir berbanding Najib. Kata-kata yang keluar dari mulut Mahathir umpama “permata” dan jika ianya keluar dari mulut Najib dinilai sebagai “kaca”. Itulah persepsi rakyat yang telah berjaya dihasut oleh Mahafiraun Mahathir. Sekiranya undang-undang ini dilaksanakan kerajaan, apakah Mahathir mampu untuk menguasai minda rakyat lagi? Atau Mahathir akan terus menyerah kalah kerana senjata utama beliau telah pun “dirampas”? 

Yang jelas, Undang-undang ini turut tidak disenangi oleh semua ahli PH terutamanya Rafizi Ramli, Mukhriz, Azmin Ali, Mahfuz omar dan ramai lagi. Mereka adalah antara manusia-manusia yang bertopengkan syaitan, sering menyebar fitnah untuk membuat rakyat Malaysia membenci BN yang diketuai Najib. 

Lumrah politik di Malaysia, penyebaran berita palsu itu dilihat seolah-olah satu perkara biasa sahaja. Tetapi lama-kelamaan pembangkang menjadi semakin naik lemak dan keadaan politik di Negara ini semakin hari semakin kritikal. Kerajaan membuat keputusan yang bijak untuk wujudkan undang-undang penyebaran berita palsu. Ini secara tidak langsung dapat menghalang “virus” ini dari terus membiak. Semoga kerajaan BN akan terus di lindungi dari segala fitnah yang dibuat oleh pembangkang. 

Comments