KHABAR BAIK BUAT 6.83 JUTA PENCARUM KWSP, DIVIDEN KWSP MELONJAK NAIK 6.9%



Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan 6.9 peratus kadar dividen untuk Simpanan Konvensional 2017, membabitkan jumlah agihan sebanyak RM44.15 bilion. Pengumuman ini jelas khabar baik buat 6.83 juta pencarum aktif KWSP untuk tahun 2018.

Di samping itu juga, pemilik akaun Simpanan Syariah yang mula diperkenalkan pada 8 Ogos 2016 pula menerima dividen berkadar 6.4 peratus dengan agihan berjumlah RM3.98 bilion. 

Simpanan Syariah menunjukkan prestasi kukuh untuk pengisytiharan dividen pertama, sekali gus membuktikan ia mapan dan memberikan berita baik kepada ahli yang bertukar daripada Simpanan Konvensional.

Selain itu, KWSP mengumumkan bahawa  jumlah keseluruhan agihan dividen bagi 2017 itu adalah RM48.13 bilion, sekali gus mencatatkan peningkatan 29.8 peratus berbanding 2016. Bagi Simpanan Konvensional, kadar 6.9 peratus adalah kadar tertinggi pernah diumumkan sejak 1997.

Pendapatan pelaburan kasar KWSP untuk 2017 adalah RM53.14 bilion, iaitu jumlah tertinggi sejak penubuhannya pada 1951, justeru RM4.6 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Syariah, manakala Simpanan Konvensional RM48.54 bilion.

Tidak 

Comments