KETIDAKSTABILAN POLITIK PPBM AKAN MENJADI LIABILITI KEPADA PAKATAN HARAPAN


Politik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dilihat semakin meruncing menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berikutan masalah calon mereka yang berebut untuk bertanding, namun tidak mempunyai kredibiliti dan kualiti sebagai seorang pemimpin.

Malah, calon-calon PPBM kebanyakannya terdiri daripada bekas pemimpin kecewa yang gagal mendapat tempat dalam PRU-13 dan menyertai parti itu semata-mata mahu bertanding untuk pilihan raya kali ini.Mereka sebenarnya mahu  mencuba peluang kedua dengan menyertai PPBM, namun tidak mempunyai matlamat perjuangan yang jelas.

Bagi ahli PPBM yang baru berjinak dalam dunia politik pula, mereka tidak akan diberi peluang untuk bertanding kerana faktor populariti dan kredibiliti menarik undi dalam pilihan raya nanti.Jesteru, orang muda yang tiada pengaruh dan kabel dalam PPBM boleh melupakan hasrat untuk bertanding PRU14 kerana muka-muka baru tidak mendapat tempat di dalam PPBM.

Di samping itu,  kebanyakan calon yang terdapat dalam PPBM tidak mempunyai pegangan politik yang kuat dan tahap kesetiaan tinggi terhadap parti.  Mereka  berpotensi untuk meninggalkan parti itu sekiranya hasrat mereka untuk bertanding di kawasan yang diinginkan tidak tercapai.

Kesimpulannya, sikap tamak pemimpin yang tidak dipertandingkan nanti akan menyebabkan berlaku perpecahan di peringkat akar umbi, seterusnya menyebabkan  parti itu terkubur PRU14 nanti.  Malah, ketidakstabilan politik PPBM akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Harapan yang diketuai DAP dalam pilihan raya akan datang dan membuatkan penubuhan parti itu sebagai satu perkara sia-sia.


 PPBM hanya ibarat sebuah parti separuh nyawa kerana hanya bergantung kepada populariti Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz yang mempunyai pengikut tersendiri untuk bertahan hingga kini,  tanpa sokongan Dr. Mahathir sudah pasti PPBM telah lama berkubur.

Comments