KEJAYAAN MAHATHIR SEMENJAK MENJADI PENGERUSI PAKATAN HARAPAN.



Baru-baru ini, satu artikel Malayan News ditulis berkenaan membandingkan Mahathir dengan Ewok dari filem Star Wars. Artikel tersebut mendapat 1 komen yang mengatakan bahawa Mahathir tidak boleh dikritik banyak-banyak jika BN ingin memenangi lebih banyak kerusi. 

Walaupun komen tersebut kelihatan berasal daripada penyokong Mahathir, perlu diakui bahawa komen tersebut perlu diteliti secara objektif dan positif. Oleh itu, artikel ini  akan meneliti kejayaan Mahathir semenjak menjadi Pengerusi Pakatan Harapan seterusnya membuktikan bahawa beliau adalah satu-satunya calon yang sesuai bagi memimpin Pakatan Harapan.

Kejayaan Mahathir Semenjak Pengerusi Pakatan Harapan:

1. MAHATHIR TELAH BERJAYA MENJADIKAN BELIAU SEBAGAI MUSUH NO. 1 BAGI UMNO. Semasa beliau keluar UMNO sehingga menubuhkan PPBM, terdapat sebahagian UMNO yang tidak senang menentang beliau. Tetapi apabila Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan dan memimpin DAP, perkara itu berubah. 

2. MAHATHIR TELAH BERJAYA MEMBUNUH KERJAYA POLITIK ANWAR IBRAHIM, sesuatu yang gagal dilakukan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri. Walaupun Anwar Ibrahim telah dipenjarakan semasa zaman pemerintahan beliau, Abdullah Badawi dan Najib, pengaruh Anwar Ibrahim menerusi PKR adalah kuat sehingga mempengaruhi halatuju Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan. Namun, setelah Mahathir menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, beliau kini berjaya mencapai matlamat tersebut. 

3. Pelantikan Mahathir sebagai Pengerusi Pakatan Harapan membuktikan PEMIMPIN-PEMIMPIN PAKATAN HARAPAN LAIN IAITU LIM KIT SIANG, LIM GUAN ENG, WAN AZIZAH, MAT SABUT DAN LAIN-LAIN LAGI SEBAGAI BADUT HIPOKRIT DAN PENIPU BESAR kerana sanggup membelakangkan prinsip mereka semata-mata bagi mendapatkan ‘political mileage’

4. Mahathir telah berjaya memburukkan diri beliau dengan memburuk-burukkan rakyat di samping mengeluarkan fatwa-fatwa yang bertentangan dengan Islam. Semenjak beliau dilantik menjadi Pengerusi Pakatan Harapan, BELIAU TELAH BERJAYA BERKONGSI NAMA BURUK INI DENGAN PAKATAN tersebut. 

5. PELANTIKAN MAHATHIR SEBAGAI PENGERUSI PAKATAN HARAPAN TIDAK DITERIMA OLEH RAMAI PENYOKONG DAP, PKR DAN AMANAH. Oleh itu terdapat ahli-ahli yang melancarkan #Undi-Rosak untuk memprotes tindakan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan mengangkat Mahathir sebagai Pengerusi.

6. Dengan menduduki jawatan sebagai Pengerusi Pakatan Harapan, MAHATHIR SECARA LANGSUNG DAN TIDAK LANGSUNG TELAH MENJEJASKAN PENGARUH AZMIN ALI, pemimpin yang berpengaruh di dalam PKR dan Pakatan Harapan. Sebelum ini, Azmin adalah merupakan Timbalan Presiden iaitu orang kedua di dalam PKR, selepas Wan Azizah yang merupakan proksi Anwar Ibrahim. Kini, Azmin merupakan hanya seorang daripada pemimpin Pakatan Harapan. Walaupun beliau masih lagi menjawat Timbalan Presiden PKR, struktur Pakatan Harapan telah mengubah persepsi dan seterusnya mengurangkan pengaruh Azmin.

7. Selain menjejaskan pengaruh Azmin, MAHATHIR TELAH MENGUKUHKAN KEDUDUKAN WAN AZIZAH YANG MERUPAKAN PEMIMPIN YANG LEMAH. Tapi perlu dijelaskan mengukuhkan pengaruh Wan Azizah bukanlah bermakna mengukuhkan kedudukan Anwar Ibrahim, sesuatu yang bertentangan dengan kejayaan No. 2. Walaupun memegang jawatan presiden, Wan Azizah bukanlah seorang pemimpin dan beliau secara terang-terangan mengaku beliau adalah pemanas kerusi bagi suami beliau. Mengukuhkan kedudukan seorang pemimpin yang lemah adalah resipi bagi memastikan kegagalan Pakatan Harapan secara berterusan. 

8. Mahathir baru-baru ini selaku PENGERUSI TELAH MEMBUAT PEMERHATIAN BAHAWA PAKATAN HARAPAN DIHUNI OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG SUKA MEMBUAT JANJI TINGGI MENGGUNUNG TETAPI MUSTAHIL UNTUK DITUNAIKAN. Sekiranya pemerhatian tersebut dibuat oleh Najib atau pemimpin-pemimpin BN, mereka akan dituduh sebagai penipu besar dan sebagainya. Memandangkan Mahathir ‘Top Dog’ Pakatan Harapan yang berkata sedemikian, sudah tentu perkara itu adalah benar.

Berdasarkan kejayaan-kejayaan di atas, Mahathir adalah jelas calon terbaik bagi mengetuai Pakatan Harapan. Bukan Lim Kit Siang, bukan Lim Guan Eng dan sudah tentu bukan Najib. 

Syabas Mahathir. Teruskan usaha cemerlang anda merosakkan Pakatan Harapan.

Comments