KEJAYAAN AZMIN SEMENJAK MENJADI MB SELANGOR




Selepas artikel sebelum ini yang mengkaji kejayaan Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan, artikel kali ini pula akan meneliti bagaimana Azmin selaku Menteri Besar Selangor telah berperanan memimpin Negeri berkenaan ke ambang kemusnahan… kejayaaan besar.

Kejayaan Azmin Ali Semenjak Menjadi Menteri Besar Selangor:
1. Memindahkan asset milik kerajaan Selangor ke syarikat RM 2.00 bernama Darul Ehsan Investment Group (DEIG). Walaupun DEIG mendakwa dimiliki Menteri Besar Incorporation (MBI), pendaftaran DEIG mendedahkan ianya dimiliki individu bernama  Raja Shahreen dan Soffian Affendi

2. Azmin mensabotaj…menyelamatkan industri pembekalan air Selangor yang cuba distrukturkan oleh mantan Menteri Besar Selangor iaitu Khalid Ibrahim yang merupakan bekas ahli PKR. Di dalam menghentikan Rancangan jahat Khalid yang akan memberikan faedah besar kepada rakyat Selangor, Azmin telah memastikan kepentingan pihak swasta yang mempunyai kaitan dengan Anwar Ibrahim terjaga. 

3. Selaras dengan dakwaan beliau dan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan bahawa semua harga barangan telah naik, Azmin telah menaikkan cukai taksiran terhadap kediaman sehingga melibatkan peningkatan sebanyak 400%. Bagi memudahkan pengiraan, peningkatan cukai taksiran tersebut tidak dibuat secara berperingkat-peringkat dari tahun ke tahun dan sebaliknya dibuat sekaligus. Sebagai contoh, Cukai Taksiran di Taman Nakhoda pada 2017 adalah RM 52.80 telahpun dinaikkan kepada 508.40 walaupun kawasan berkenaan terdapat di dalam kawasan daerah. 

4. Sebagai Menteri Besar telah memudahkan prosedur pemberian konsesi balak Selangor dengan menghentikan proses tender yang telus. Pemberian balak berdasarkan tender yang telus adalah sesuatu yang sangat membazirkan masa pada Azmin  kerana setiap peraturan perlu diikuti dengan teliti. Untuk memudahkan prosedur dan menjimatkan masa, Azmin telah mengeluarkan arahan khas dan minit bertulis tangan untuk memberikan tender kepada syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan rapat dengan Pakatan Harapan. 

5. Azmin telah membatalkan Sembilan (9) Projek Rumah Selangorku yang merupakan inisiatif diperkenalkan oleh Menteri Besar Selangor yang korup. Di dalam memberikan alasan… penerangan mengenai pembatalan tersebut, Azmin berkata bahawa punca projek Rumah Selangorku dibatalkan hanya selepas dua (2) tahun berlalu adalah kerana pemaju perumahan. Alasan lain yang memungkinkan Azmin membatalkan projek tersebut adalah Azmin berpandangan bahawa rakyat Selangor kaya-raya dan hanya ingin membeli rumah-rumah kos tinggi dan sederhana serta tidak berminat membeli rumah mampu milik.

6. Menggalakkan industri rumah urut dengan menambah lesen pusat urut dan spa di samping membiarkan lebih 4,000 pusat urut beroperasi secara haram dengan menyalahgunakan lesen Pihak Berkuasa Tempatan. Usaha Azmin menggalakkan industri rumah urut mungkin disebabkan beliau berpandangan bahawa rakyat Selangor yang kaya-raya lebih memerlukan perkhidmatan urutan setelah penat bekerja berbanding rumah mampu milik. 

7. Memastikan alam sekitar Selangor terpelihara. Contoh teladan yang ditunjukkan oleh Azmin adalah  dengan memberikan kontrak melombong pasir di Sungai Long, Kajang kepada anak saudaranya  Mohd Nuzul Fadli Mohd Noriyualsaid. Kontrak tersebut diberikan memandangkan penduduk-penduduk berhampiran menghadapi masalah anak sungai yang bersih dan mengalir dengan lancar. Nuzul Fadli, yang tidak mempunyai kerja tetap selain mengikuti Azmin ke mana-mana beliau pergi, telah membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan menimbus anak sungai tersebut dan memastikan alirannya tersekat. Jasa Nuzul Fadli amatlah dihargai oleh semua pihak sehingga SPRM telah menemubual beliau di dalam hal tersebut. 

8. Azmin sekali lagi memastikan kepentingan syarikat swasta terjaga dan menidakkan kepentingan awam yang berniat jahat dengan menyerahkan tanah di Mukim Ijok bernilai RM 1.18 billion kepada dua syarikat swasta yang mana bekas pengarahnya adalah Khairuddin Abu Hassan yang juga penyokong tegar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Mantan MB Khalid Ibrahim telah bertindak membatalkan perjanjian penyerahan tanah di Mukim Ijok tersebut kerana kedua-dua syarikat berkenaan ingkar syarat dan terma perjanjian. Tindakan undang-undang telah diambil berakhir dengan kemenangan kepada MB dan Negeri Selangor. Setelah mengambil alih jawatan MB, Azmin telah membuat perjanjian penyelesaian yang menyerahkan kembali tanah tersebut kepada kedua-dua syarikat tersebut. 

9. Memberikan bonus sebulan gaji kepada beliau sendiri jika dibandingkan dengan Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri lain. Hanya Azmin sahaja yang cukup berwawasan untuk menggalakkan industri rumah urut, membatalkan rumah mampu milik yang memberikan faedah kepada rakyat,  menghapuskan proses tender yang telus dan banyak lagi perkara seperti yang telah dinyatakan. Bekas MB Khalid Ibrahim dan pemimpin-pemimpin UMNO seperti Noh Omar atau Jamal sudah tentu tidak terfikir langkah-langkah seperti yang telah dilaksanakan oleh Azmin.

10. Azmin mendedahkan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai satu parti yang tidak amanah. Di dalam pendedahan tersebut, Azmin menyatakan bahawa parti yang tidak amanah tersebut telah berbohong mengenai ketiadaan rundingan kerusi DUN dan Parlimen Selangor bagi PRU Ke-14. Sebaliknya mesyuarat rundingan tersebut telah diadakan empat kali.

Kesimpulannya Azmin sangat berjaya di dalam pentadbirannya, dibuktikan dengan penutupan beberapa kilang besar, sabotaj terhadap usaha menstrukturkan bekalan air negeri, pembatalan projek-projek rumah mampu milik dan peningkatan sarang-sarang maksiat di Negeri Selangor.

Comments