KANTOI LIM GUAN ENG PROJEK TEROWONG MEMAKAN KOS TINGGI?SERANG BN WALAUPUN PROJEK DAP YANG LULUSKAN



Lim  Guan Eng menyerang Barisan Nasional kononnya parti itu mensabotaj projek terowong dasar laut cetusan idea mereka yang bernilai RM 6.34 bilion. Guan Eng semakin menggelabah untuk menjawab segala persoalan mengenai isu berkenaan memandangkan integritinya sedang diperhatikan oleh rakyat. Guan Eng jiwa semakin kacau, itulah sebabnya dia menyalahkan Barisan Nasional mensabotaj projek berkenaan sehinggalah pelbagai kontroversi timbul. 

Mengapa Lim Guan Eng perlu salahkan Barisan Nasional? Ini bukan salah Barisan Nasional kerana Guan Eng sepatutnya membuat laporan kepada pihak polis jika terdapat bukti mengenai BN yang dikatakan sebagai cuba mensabotaj projek mega berkenaan. Kalau Guan Eng ada maklumat lanjut atau bukti berkaitan BN yang didakwa cuba sabotaj projek terowong dasar laut itu, elok dia lapor kepada polis daripada salahkan orang lain sahaja ataupun dia berikan kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Hakikatnya BN tidak pernah berminat atau berbincang mengenai projek mega yang dijalankan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang itu apatah lagi untuk mensabotaj projek itu seperti yang dituduh oleh Guan Eng. Kesimpulannya rakyat sendiri dah muak dengan keluarga Lim ni lebih berpolitik tapi tak ada 

Comments