JMM TUDUH THE MALAYSIAN INSIGHT DAPAT DANA RM3JUTA, SIAPA BAGI?



Jaringan Melayu Malaysia (JMM) baru-baru ini telah membuat laporan polis terhadap portal The Malaysian Insight. Portal ini disyaki menerima kemasukan dana asing bagi tujuan menjatuhkan kerajaan. Dakwaan bahawa portal yang dimiliki syarikat Inside Media Sdn. Bhd. itu menerima wang tunai berjumlah hampir RM3 juta bagi membiaya portal tersebut. 

Selain laporan polis, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) juga ada menyerahkan dokumen-dokumen berkaitan pemilik portal The Malaysian Insight kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk tujuan siasatan. Satu dokumen sokongan setebal 12 helai itu yang mengandungi profail syarikat dan transaksi-transaksi kewangan meragukan pemilik portal itu telah diserahkan kepada BNM secara rasmi.

Menurut presiden JMM perkara ini telah menimbulkan pertanyaan yang meragukan bagaimana penyaluran dana asing ke dalam portal tersebut. Dalam portal ‘My Aduan Rasuah kemasukan dana tersebut tidak melalui sebarang proses dokumentasi’ yang sepatutnya. Kewujudan dana ini juga menimbulkan kebimbangan sekiranya berbentuk rasuah dan disalurkan bagi tujuan mengugat kestabilan dan keharmonian negara Malaysia.

Presiden JMM juga mendakwa bahawa portal berita tersebut mempunyai hubungan dengan syarikat  berpengkalan di Hong Kong yang dikenali sebagai Asian Inside Pte.Ltd. Pemilik Inside Media Sdn. Bhd. dan Asian Inside Pte. Ltd. merupakan individu yang sama dan sebelum ini mereka juga berperanan menjalankan operasi sebuah portal propembangkang yang telah ditutup iaitu The Malaysian Insider.

Banyak berita dan maklumat yang terdapat dalam The Malaysian Insight sering memburukkan kepe¬mimpinan negara sehingga memberi mesej salah kepada rakyat. Baru-baru ini portal berita itu telah mengkritik Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1990-an. The Malaysian Insight dilihat sengaja mahu memanipulasikan ekonomi negara dengan tujuan supaya negara dilihat lemah dari segi ekonomi.

Perkembangan ini merupakan suatu yang perlu ditangani segera bagi menghapuskan kesangsian masyarakat bertapa pentingnya satu akta penularan maklumat palsu ini perlu ditubuhkan dengan segera. Ini bertujuan untuk menghalang dan mengambil tindakan yang sewajarnya dalam membendung maklumat dan berita palsu demi manjaga keamanan dan kesejahteraan masyarakat Malaysia apabila dihidangkan dengan maklumat yang tepat.

Comments