HANYA DI MALAYSIA SEKOLAH BERASRAMA DAN PENDIDIKANNYA PERCUMA, TAPI DINEGARA MAJU YANG LAIN SEMUANYA BERBAYAR




Pendidikan di negara kita dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah boleh dikategorikan sebagai percuma kerana kerajaan membiayai kos pendidikan pada kedua-dua peringkat itu. Rakyat hanya perlu membayar beberapa yuran yang ditetapkan oleh pihak persatuan ibu bapa dan guru.

Cuma di peringkat pendidikan tinggi sahaja pelajar perlu membuat bayaran. Itupun masih lagi bergantung kepada inisiatif kerajaan untuk memastikan bagaimana rakyat mampu meneruskan pendidikan di peringkat tinggi melalui biasiswa dan pinjaman yang diberikan.


Bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran semasa sedang dalam perkhidmatan juga mereka akan mendapat pembiayaan yang sama dengan mendapat subsidi. Ada juga yang mendapat bantuan daripada JPA dan institusi yang mereka wakili untuk melanjutkan pelajaran.

Malaysia juga adalah satu-satu nya negara yg menyediakan hampir 200 sekolah berasrama yang terdiri daripada 69 MRSM, 57 SBP dan berpuluh SAP serta SBP Negeri. Ada juga sekolah berasrama ini yang ditubuhkan khas untuk kaum bumiputera dan yang beragama Islam seperti sekolah yang beraliran agama.

Sekolah berasrama ini juga telah terbukti menghasilkan puluhan ribu professional dan alumni yang terkemuka di dalam negara. Tiada di negara-negara lain dimana pelajar-pelajarnya di berikan makanan percuma, tempat tinggal percuma dan pelajaran percuma.

Untuk makluman semua, di negara luar dan di negara-negara maju, sekolah berasrama (boarding schools) dikendalikan oleh pihak swasta. Perkhidmatan mereka adalah khusus untuk "golongan kaya" dan "berada" yang sanggup membayar bayaran yang mahal untuk memastikan anak mereka mendapat pelajaran yang bermutu tinggi.

Tapi tidak di Malaysia, segala-galanya percuma dan kerajaan setiap tahun memperuntukkan sejumlah kos yang tinggi bagi memastikan anak-anakMalaysia terus mendapat pendedahan terbaik dengan sistem pendidikan yang sedia ada.

Manakala pengetahuan dan ilmu guru-guru di Malaysia dipertingkan disamping sistem pendidikan di Malaysia terus bersaing di peringkat antarabangsa.

Comments