GUAN ENG PANAS BONTOT BILA PAP NAIKKAN KADAR GST 7% KEPADA 9% DI SINGAPURA






Kerajaan Singapura baru-baru ini telah mengumumkan mereka akan menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Negara mereka. Kadar GST di Singapura kini adalah sebanyak 7% dan bakal dinaikkan kepada 9% yang akan berkuatkuasa di antara tahun 2021 sehingga 2025. 

PAP yang sering dijadikan “role model” oleh DAP kini telah membuktikan yang GST ini sememangnya baik dan mampu memelihara ekonomi sesebuah Negara. Hal ini telah dibuktikan oleh PAP sendiri dengan mengumumkan kadar GST di Negara itu bakal dinaikkan ke 9% oleh kerana ekonomi di Singapura yang tidak begitu baik. Berita ini telah diumumkan sendiri oleh Menteri Kewangan Singapura, Heng Swee Keat menerusi ucapan belanjawan 2018. 

Berita ini sekaligus telah mendapat perhatian parti pembangkang khususnya DAP. DAP yang sering menjadikan PAP sebagai rujukan dan contoh kepada mereka. Dalam masa yang sama DAP memang tidak bersetuju GST dilaksanakan di Malaysia kerana GST dikatakan akan membebankan rakyat. Tapi PAP laksanakan GST juga adakah mereka membebankan rakyat mereka juga? 

Sebaik sahaja Singapura mengumumkan kadar GST di Negara itu akan dinaikkan dan mereka juga mengakui GST baik untuk sesebuah Negara, Lim Guan Eng (LGE) tiba-tiba sahaja kelihatan tidak senang duduk dengan pengumuman berkenaan. LGE telah membuat satu kenyataan bahawa GST akan terus naik sekiranya ia tidak dimansuhkan. 

“Ini mengesahkan trend sedunia di mana, apabila GST diperkenalkan, kadarnya hanya akan menaik. Satu-satunya jalan penyelesaian untuk menghalang kenaikan kadar GST adalah menerusi penghapusannya”. 

“Inilah janji Pakatan Harapan. Kami akan hapuskan GST dalam tempoh 100 hari pertama kami mengambil alih kuasa pemerintahan, dan kami akan memulihkan Cukai Jualan dan Khidmat (SST),” kata LGE. Beliau sengaja membuat kenyataan seperti itu untuk terus “meracun” minda rakyat Malaysia kononnya GST akan menjadi beban buat rakyat. 

Kenyataan LGE itu sememangnya tidak benar kerana Dato’ Sri Najib Razak telah mengumukan bahawa kutipan GST pada tahun 2017 telah Berjaya dikutip sebanyak RM44 bilion. Hal ini telah membuktikan GST mampu menyelamatkan ekonomi Malaysia. DSN juga telah bertegas bahawa GST akan terus dikekalkan sebanyak 6% sahaja dan tidak akan dinaikkan. 

GST di Malaysia adalah antara yang termurah di dunia. Kita ambil contoh kadar GST di Negara-negara jiran kita yang turut melaksanakan GST di Negara mereka antaranya Indonesia (10%), Thailand (7%) dan Filipina (12%). 

Jangan kita mudah terpengaruh dengan janji-janji manis PH yang akan memansuhkan GST kerana GST terbukti merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menyelamatkan ekonomi sesebuah Negara. Jika GST ini tidak baik mengapa majoriti Negara-negara maju di dunia masih melaksanakan GST? Janji PH untuk memansuhkan GST hanyalah wayang untuk menambat hati rakyat Malaysia untuk menyokong perjuangan palsu PH. 

Kita perlu berbangga kerana Singapura sedang mencontohi Negara kita, mereka juga akan mula memberikan BR1M kepada Rakyat Singapura. Ternyata DSN adalah seorang PM yang sangat bijak dan menjadi rujukan dari Negara luar. Mereka sendiri dapat melihat ekonomi Malaysia yang semakin baik, nilai ringgit yang semakin kukuh telah membuktikan DSN adalah Perdana Menteri yang terbaik di Malaysia. Mari kita sama-sama terus menyokong perjuangan DSN dan Barisan Nasional supaya Negara kita akan terus maju dan disegani di Negara luar. 









Comments