FITNAH SUDAH MERATA DI TABUR PEMBANGKANG, TAPI DANA PILIHANRAYA UMUM KE 14 BILA NAK UMUM?



Peruntukan dana pilihanraya adalah isu sensitif bila diperdebatkan menjelang pilihanraya akan datang. Namun pada PRU-13 yang lalu, sumber dana pilihanraya pembangkang amat diragui kerana sumber dana DAP sebanyak RM1.2 bilion didapati disalurkan oleh NGO pro Israel yang bergiat aktif di Malaysia.

Laman Transparency International (TI) sendiri mengakui organisasi mereka mendapat tajaan daripada National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) Foundation, milik penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Pengakuan itu tercatat dalam laman transparency.org dalam chapter “Who supports us“. Daripada sembilan senarai penaja TI, Soros merupakan penaja utama apabila dua organisasinya disenaraikan di kedudukan pertama dan kedua iaitu Foundation to Promote Open Society dan Open Society Institute (OSI) Foundation.

Campur tangan TI itu adalah serangan terancang CIA, NED dan Soros terhadap Malaysia selepas BERSIH 4.0. Apa yang perlu dibongkarkan selepas ini adalah dari mana peruntukan kempen Pakatan Harapan bakal diperoleh bagi menghadapi PRU-14 akan datang? 

Manakala PKR melalui pendedahan yang dibuat oleh Rafizi Ramli pula mengakui partinya menerima sumbangan kewangan daripada pihak lain bagi membiayai operasinya termasuk kempen pilihan raya. Sumber dana tersebut dikatakan hasil dari kutipan derma, majlis makan malam amal, potongan gaji 29 ahli Parlimen dan 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mewakili parti tersebut.

Dikatakan Pakatan Harapan memperuntukkan satu jumlah yang besar sehingga berjuta-juta ringgit nilainya sebagai peruntukan kempen di setiap Parlimen dan DUN yang bakal mereka tandingi. Sebab itu, PPBM melalui Ahli Majlis Tertingginya Tariq Ismail baru-baru ini mengumumkan PPBM akan mengkaji penalti RM20 juta untuk elak wakil rakyatnya lompat parti.

Bayangkan jika penalti yang dikenakan kepada calon yang lompat parti sebanyak RM20 juta, berkemungkinan besar Pakatan Harapan memperuntukkan setiap calonnya lebih kurang RM5 juta hingga RM10 juta setiap seorang bagi memberi dedak kepada rakyat yang mengundi mereka.

Ataupun, adakah aset Tun Mahathir yang berada di luar negara bernilai hampir bernilai RM1.194 Trillion telah dicairkan dan telah dibawa masuk secara berperingkat melalui kroni dan proksinya untuk diagih-agihkan kepada calon yang bertanding?

Kita tunggu pembongkaran seterusnya dari musuh politik Tun Mahathir ataupun mereka yang akan berpaling tadah pada saat akhir dari Pakatan Harapan.

Comments