BANGSAT KIT SIANG BELI JIWA MELAYU UNTUK HALAU MELAYU.



Lim Kit Siang menggunakan beberapa strategi seperti mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberikan sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid dan kampong-kampung sekitarnya. Kit Siang menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah yang membuak-buak daripada orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur dan luntur. Bukan itu sahaja Kit Siang dan DAP menaburkan janji-janji manis dan palsu kononnya jika Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, DAP kononnya akan mewujudkan lebih banyak kedai runcit yang dijamin lebih murah daripada Kedai Rakyat 1 Malaysia (KRIM) yang mereka akan namakan sebagai Kedai Rakyat. Kedai Rakyat ini sudah pastinya akan dimonopoli oleh orang-orang Cina. 

Kit Siang dan parti DAP berusaha menarik anak-anak muda Melayu menyertai DAP dengan tawaran wang ringgit, kekuasaan, pangkat, harta. Mereka akan melantik anak-anak muda dengan jawatan tinggi untuk mengaburi mata anak-anak muda ini. DAP akan mewujudkan ramai agen DAP di kalangan anak-anak muda dengan menawarkan ganjaran wang yang besar kepada mereka. Agen-agen ini akan menyebarkan cerita-cerita fitnah tentang kebaikan Lim Kit Siang untuk mempengaruhi minda orang-orang Melayu di pekan dan kampung-kampung supaya percaya dan sayang kepada DAP. DAP akan mengumpulkan beberapa anak muda Melayu yang mahir dalam ICT untuk mewujudkan satu pasukan khas seperti Red Bean Army untuk perang saraf. DAP tidak akan gunakan mereka di kalangan ahli Pas lagi. Kumpulan anak muda ini akan berada terus di bawah DAP.

Kesimpulannya  Kit Siang akan tumpukan perhatian sepenuhnya untuk melancarkan beberapa strategi. Ingat, Lim Kit Siang akan menggunakan wang ringgit sebagai habuan untuk menundukkan orang-orang Melayu.

Comments