AZMIN ALI SEORANG MENTERI YANG BODOH , SAMAKAN STADIUM DENGAN “KEMALUAN WANITA”




Isu Stadium Shah Alam yang tidak dapat digunakan oleh pasukan Selangor FA telah mengundang kemarahan rata-rata rakyat Selangor. Stadium itu yang kini diberikan keizinan kepada pasukan PKNS FC dan FELCRA FC untuk menggunakan stadium tersebut sebagai stadium rasmi mereka. Keputusan ini tidak disenangi oleh semua penyokong Red Giant. 

Penyokong Selangor FA mendesak supaya Menteri Besar Selangor memberikan hak kepada pasukan Selangor FA untuk menggunakan semula stadium tersebut sebagai gelanggang utama mereka. Selangor FA yang kini terpaksa menggunakan Stadium cheras sebagai stadium utama mereka ternyata sedih dengan keputusan yang telah dibuat oleh Azmin Ali. 

Terbaru, Azmin Ali jelas telah menunjukkan kebodohannya dengan berkata “ Pasukan Iraq yang tiada stadium boleh bermain di padang pasir kenapa Selangor FA tidak boleh?”. Persoalannya adakah benar pasukan bolasepak Iraq sekadar bermain bola di atas padang pasir sahaja? 

Negara IraQ memiliki stadium mereka sendiri antaranya ialah Stadium Maysan yang merupakan stadium pelbagai guna di Maysan, Iraq adalah stadium moden yang boleh memuatkan 25,000 orang dan sudah pun dibuka pada 1987. Sebuah lagi stadium ialah Stadium Olimpik Karbala, di Karbala, Selatan Iraq. Stadium ini berkapasiti 30,000 orang dan mula dibuka pada 2016. Bagaimana Azmin Ali boleh kata Iraq main bola atas padang pasir? 

Azmin Ali sekali lagi cuba untuk menghiburkan hati rakyat Malaysia khususnya Selangor, beliau menyatakan antara sebab Stadium Shah Alam tidak boleh digunakan oleh Selangor FA adalah kerana bentuk stadium tersebut menyerupai “alat kemaluan wanita” . Katanya isu ini telah mendapat mendapat bantahan dari NGO wanita di Selangor. 

Benarlah ramai individu menggelarkan Azmin Ali sebagai badut kerana beliau nyata mampu menghiburkan hati rakyat Malaysia. Kenyataan bodoh yang dibuat oleh Azmin Ali itu membuatkan rakyat Selangor semakin meluat dan naik benci kepada Menteri Besar Selangor ini. 

Baru-baru ini Dato’ Seri Najib Razak telah berjanji pada rakyat Selangor bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan mengembalikan semula Stadium Shah Alam kepada Selangor FA sekiranya BN Berjaya untuk menumbangkan Pakatan Harapan di Selangor pada PRU nanti. Stadium Shah Alam adalah milik rakyat Selangor dan BN berjanji akan kembalikan semula hak mereka. 

Hari-demi hari kecelaruan yang berlaku di negeri Selangor dilihat semakin parah. Ini disebabkan kerakusan oleh seorang menteri yang gilakan kuasa. Kebajikan rakyat terabai, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap Azmin Ali. Jika dilihat pada situasi terkini, BN berpeluang cerah untuk merampas kembali Selangor daripada PH sekaligus nasib rakyat Selangor akan terpelihara sebaik sahaja BN memerintah nanti. 









Comments