AZMIN ALI CAKAP TAK SERUPA BIKIN, ISU AGIHAN KERUSI DI SELANGOR MASIH MENEMUI JALAN BUNTU DI KALANGAN PARTI KOMPONEN PH SELANGOR


Jaminan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berhubung isu pengagihan kerusi di Selangor dapat diselesaikan dalam masa terdekat dilihat menemui jalan buntu lagi.

Pakatan Harapan Selangor diketuai DAP yang bermesyuarat semalam masih gagal menyelesaikan masalah pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya 62 peratus daripada keseluruhan 56 kerusi DUN sahaja berupaya dimuktamadkan.

Pengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pengagihan Kerusi, Zuraidah Kamaruddin mengesahkan perkara tersebut dan pihaknya masih memerlukan tempoh dua minggu untuk menyelesaikan tuntutan kesemua empat parti dalam Pakatan Harapan.

Jelas sekali isu ini masih berlarutan sehingga ke hari ini yang menjelaskan bahawa wujudnya pergeseran terbuka parti dalam Pakatan Harapan dalam mendapatkan kerusi-kerusi di Selangor pada pilihanraya umum akan datang. Situasi ini juga mencerminkan bahawa Pakatan Harapan gagal mencapai persefahaman dan persetujuan bersama dalam pakatan pembangkang berkenaan.

Pendek kata, jaminan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR itu yang positif isu ini akan selesai dalam masa terdekat jelas satu pembohongan kerana masalah agihan kerusi masih tidak dapat diselesaikan lagi di negeri tersebut. Sebelum ini dilaporkan 80 peratus agihan kerusi selesai di Selangor tapi hari ini hanya 62 peratus selesai.

Comments