ZURAIDA TERIMA WALAU “TAK RELA” TUN MAHATHIR JADI PM



Konflik didalam Pakatan Harapan kian berterusan sehingga kini. Isu yang masih lagi menjadi topik hangat sudah  pasti berkenaan pencalonan Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang ke-7. Dari hari Tun M dicalonkan sebagai PM hinggalah kini, ternyata majoriti ahli-ahli di dalam PH masih tidak senang duduk dengan keputusan itu. Bilakah konflik ini akan berakhir? Bagaimana PH nak memerintah negara kalau masih tiada kesepakatan di kalangan mereka sendiri?

Terbaru, makcik  Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita PKR yang sebelom ini telah menjadi antara orang yang paling lantang bersuara membantah Tun Mahathir dicalonkan sebagai PM akhirnya telah mengangkat “bendera putih” untuk tidak lagi mempertikaikan keputusan itu. Katanya beliau tidak lagi kisah  siapa yang bakal menjadi PM dan akan meneruskan angan-angan untuk menang pada pilihanraya yang akan datang.

“Mahathir pernah memerintah negara selama 22 tahun,sudah masanya untuk beliau berehat sahaja. Beliau lebih sesuai untuk sekadar menjadi Menteri Kanan sahaja. Kita perlukan  seorang pemimpin yang baru supaya wujud perubahan dalam Negara” kata Zuraida kepada media.

Setelah sekian lama,makcik Zuraida akhirnya seolah-olah telah mendapat hidayah untuk tunduk dan akur menerima Tun Mahathir menjadi PM. Zuraida sebaliknya telah membuat kenyataan kepada media :

“Keputusan telah dibuat, saya tak boleh buat apapun. Saya nak buat apa? Saya nak bantah pun, nak bantah macam mana? Tak boleh buat apa-apa.” 

Begitulah kata-kata makcik Zuraida yang secara tidak lansung menunjukkan sebenarnya  makcik Zuraida masih tidak merestui Tun Mahathir menjadi PM. Macam mana nak relakan hati yang dulunya penuh dengan rasa benci terhadap Tun M yang pernah digelar “Mahafiraun” tapi kini mahu diangkat sebagai PM pula. PKR juga  ditubuhkan adalah semata-mata untuk tumbangkan Mahathir semasa zaman pemerintahannya, sekarang dengan mudah mahu mengangkatnya untuk memerintah negara semula? Itulah persoalan yang bermain di fikiran makcik Zuraida sebenarnya.

Pelbagai persoalan boleh di buat, bagaimana Zuraida yang sebelum ini tidak setuju Tun M menjadi PM boleh berubah fikiran semula? adakah beliau telah dijanjikan dengan tawaran yang menarik sekiranya menyokong keputusan tersebut? Jika benar,apakah tawaran tersebut?

Pakatan Harapan dilihat masih lagi belum bersedia untuk mengambil alih Putrajaya. PKR,PPBM,DAP dan PAN dilihat masih belum  mampu untuk bersatu membela nasib rakyat pada masa kini. Pasti huru-hara sekiranya PH memerintah Negara nanti. Rakyat sudah pasti mahukan parti yang mempunyai kredibiliti yang bagus dalam mentadbir negara. Satu-satunya parti yang dilihat mampu mentadbir negara dengan baik ialah Barisan Nasional.

Comments