Setelah sekian lama nama Muhyiddin Yassin membisu, terbaru ada kedengaran bahawa Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak merestui Tun Mahathir dilantik sebagai calon PM. Dalam drama Tun M tidak disenangi oleh ramai pihak dikalangan ahli Pakatan Harapan kerana dicalonkan sebagai PM, Muhyiddin Yassin seolah seolah-olah sekadar menjadi “watak sampingan” di dalam drama tersebut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia seperti disisihkan dari PPBM. Beliau yang sebelum ini dilihat antara calon terbaik untuk menjadi PM buat PH sebaliknya hanya mampu menjadi pemerhati didalam pakatan tersebut.
Bekas Pengasas PPBM iaitu Kamarulzaman Habibur Rahman telah mendedahkan bahawa pada dasarnya mereka mahu melantik Tun Mahathir sebagai penasihat parti itu sahaja. Namun,Tun Mahathir sebaliknya telah meng “hijack” PPBM dan juga berjaya menguasai PH untuk dilantik sebagai calon PM. Tindakan Tun Mahathir ini nyata tidak disenangi oleh majoriti Ahli PPBM. Pencalonan Mahahtir sebagai calon PM seperti telah menambah lagi rasa kecewa mereka terhadap “Mahafiraun Mahathir”.
“Masa awal penubuhan PPBM, Muhyiddin tak setuju Tun Mahathir jadi calon perdana menteri. Dia panggil Tun sebagai penasihat parti, tun sebagai bekas perdana menteri dan kehadiran Tun sebagai bonus kepada parti sabagai pengatur".
“Muhyiddin mungkin melihat dirinya sebagai calon perdana menteri, ketika itu beliau merupakan bekas timbalan perdana menteri. Kalau dikira dari sudut pengalaman, maka dialah yang paling sesuai. “Mungkin dia (Muhyiddin) saya rasa semua orang pernah berada di kedudukan numbor dua akan bercita-cita untuk menjadi numbor satu, jadi ketika itu Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM nampak beliaulah yang layak” kata Kamarulzaman Habibur Rahman dalam nada yang jelas kecewa terhadap Mahathir.
Kebisuan Muhyiddin sememangnya banyak menimbulkan tanda tanya buat ramai pihak. Muhyiddin adalah Presiden PPBM tapi kenapa apabila ada kenyataan yang melibatkan PPBM, hanya anak beranak Mahathir sahaja yang lebih lantang bersuara? Adakah PPBM ini adalah parti untuk anak beranak Mahathir sahaja? Adakah parti PPBM telah “dibeli” sepenuhnya oleh anak beranak ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri? Adakah Muhyiddin telah ditindas oleh Mahathir sebaik sahaja Mahathir sertai PPBM? Hebat politik anak beranak Mahathir ini.
Perkara yang hendak ditekankan disini ialah kepincangan politik di dalam Pakatan Harapan(PH) terutama sekali Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan tamat selagi Mahahthir menguasai pakatan ini. Majoriti ahli-ahli PH adalah ahli pembangkang semasa zaman Mahahtir menjadi PM. Segala peristiwa gelap yang telah berlaku di Malaysia semasa zaman pemerintahannya tidak akan dilupakan begitu sahaja. Oleh itu, Pakatan Harapan tidak akan mendapat kesepakatan yang kukuh bagi menghadapi PRU yang semakin hampir ini. Sekaligus impian mereka untuk merampas semula Putrajaya daripada Barisan Nasional akan terus menjadi angan-angan.
Comments
Post a Comment