TAHUN 2018 ADALAH TAHUN KEMUNCAK KEGAGALAN MAHATHIR



“Tahun 2018 dah tiba! Tahun ini tahun Mahathir menang!” sorak orang di sebelahku di kala orang-orang lain di sepanjang Persiaran Perdana bersorak bagi meraikan tahun baru 2018. 

Aku hanya mampu mengeluh. Kawan tu kawan juga tetapi kadang-kala aku pun nak juga bercuti dari membincangkan hal-hal politik ini. Lagipun, yang sibuk-sibuk ajak aku dan member sorang lagi pergi ke Festival Light and Motion Putrajaya (LAMPU) 2017 adalah kawan aku ini. Kalau ikut hati aku, tak de nak pergi ke situ lebih-lebih lagi lepas baru balik dari ‘Oversea’.

Apa pun, aku terfikir, mengapa nak digembar-gemburkan Mahathir akan ‘menang’ pada tahun 2018. Apa strategi PPBM sampai nak brainwash ahli-ahli cabok (‘belukuk’ kalau ikut kata orang kampung aku) untuk meraikan kemenangan Mahathir pada tahun 2018? 

Kesimpulan yang aku dapat adalah bermula 2015 sehingga 2017, Mahathir telah ‘kalah’ dalam cubaannya menjatuhkan Najib. Sepanjang tiga tahun ini, Mahathir dan konco-konconya termasuk Mukhriz, Muhyiddin dan Pakatan Harapan cuba sedaya upaya ‘menjual’ isu 1MDB berkali-kali tetapi tidak berjaya. 

Tetapi mengatakan bahawa Mahathir dan konco-konconya adalah gagal kerana kewibawaan Najib semata-mata adalah tidak tepat. Kepincangan di dalam Pakatan Harapan termasuk di dalam PPBM pimpinan Mahathir sendiri adalah bukti bahawa Pakatan tidak sesuai mentadbir Malaysia dan tidak boleh dibiarkan memenangi PRU Ke-14. 

Jangan kata 2018, 2020 pun tidak akan menjadi tahun kemenangan Mahathir.


Terima Kasih kerana membaca artikel-artikel ini. Untuk mendapatkan artikel-artikel baharu, sila ''like'' atau ''follow'' halaman Malayan News. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru. 

Comments