SEKS GENG KUNYIT BERLELUASA JIKA PAKATAN HARAPAN AMBIL ALIH NEGARA



Pakatan Harapan akan menggalakkan seks Geng Kunyi sekiranya Parti Pembangkang Pakatan Harapan mengambil alih negara. Hakikatnya Pakatan Harapan yang diketuai oleh DAP menyokong apa yang pihak Comango perjuangkan iaitu Seks Bebas. Sebelum ini juga Syed Saddiq Ketua Armada telah memuatnaik status di twitter. Tulisan Syed Saddiq ini seolah-olah menyokong apa yang pihak Comango selama ini perjuangkan iaitu Seks Bebas. Realitinya Syed Saddiq sendiri menggalakkan seks bebas sebelum ada sebarang ikatan yang sah di kalangan anak muda.

Beginilah kalau negara kita dipimpin dan ditadbir oleh parti pembangkang Pakatan Harapan, seks bebas akan berleluasa di negara kita. Paling kurang, kita mengajar mereka mengamalkan seks selamat dengan menghalang mereka dari mengandung. Adakah sewajarnya perkara ini berlaku dengan hanya mengamalkan seks selamat dengan menghalang seseorang daripada mengandung?

Ini membuktikan pemimpin Pakatan Harapan bersetuju dengan perjuangan LGBT, Comango dan sebagainya yang mahukan kebebasan seks untuk anak-anak muda. Ke mana hilangnya nilai ketimuran yang selama ini dipertahankan? Hakikatnya demi meraih sokongan  Pakatan Harapan sanggup melakukan apa sahaja sehingga menjual pegangan agama dengan menyokong seks sebelum kahwin. Pakatan Harapan satu-satunya parti yang boleh dilantik dan dijadikan Duta Kondom satu hari nanti kerana menyokong penyokong penuh kehidupan tanpa ikatan sah.

Comments