RELA KESAL KENYATAAN SHAFIE APDAL PERLEKEHKAN JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA



Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal memperlekehkan peranan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) apabila menyifatkan pasukan beruniform itu hanya pandai menjaga trafik ketika kenduri.

Shafie Apdal mempersoalkan kewibawaan anggota Rela yang ditugaskan membantu tugas pemantauan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Di antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Shafie Apdal dalam video ceramahnya adalah seperti berikut; “Orang Rela bukan pandai pakai senapang, tidak tahu menembak, tidak belajar macam mana pakai bom. Yang dia tahu kalau ada kenduri, dia jaga trafik.”

Sebenarnya Shafie Apdal hanya pandai bercakap dan tidak tahu fakta sebenar. Ini kerana dalam latihan Jabatan Sukarelawan Malaysia antara latihan yang dipelajar anggota RELA adalah seperti kursus asas persenjataan dan pengenalan asas kepada ilmu medan perang. 

Rujuk laman web http://www.rela.gov.my/keanggotaan/ ini untuk mendapatkan pencerahan lebih lanjut mengenai latihan yang diberi kepada pasukan RELA. Jangan terpedaya dengan cakap-cakap kosong Shafie Apdal yang suka menjatuhkan martabat dan peranan RELA!

Comments