PPBM TAWARKAN “EMAS” DAN “TIKET KE DUBAI” JIKA BERJAYA BAWA MASUK AHLI PALING RAMAI KE DALAM PARTI



Baru-baru ini seramai 100 ahli PPBM Klang mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut kerana mereka telah pun hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti itu sendiri. Hal ini secara tidak lansung telah menunjukkan bahawa parti ini semakin goyah dan terlalu banyak drama dalaman yang bakal membuatkan parti ini menjadi semakin hilang kepercayaan bukan sahaja dari ahli parti ini sendiri malahan rakyat Malaysia juga menjadi semakin menyampah dengan isu-isu dalaman mereka ini.

Dalam satu sidang media yang dilakukan di Pejabat UMNO Bahagian Klang baru-baru ini,Ahli PPBM iaitu Mohd Hazwan Zulkefly telah membongkar apa kemelot sebenar yang berlaku didalam parti itu.Antara faktor yang menimbulkan rasa tidak puas hati mereka adalah kerana campurtangan “orang asing” di dalam pucuk pimpinan sekali gus “memulaukan”anak tempatan sendiri.

Selain itu, PPBM juga dilihat sangat  terdesak untuk mencari ahli yang ramai bagi menyokong perjuangan mereka dengan cara, memberikan tawaran yang sangat lumayan kepada sesiapa sahaja ahli parti yang dapat membawa masuk ahli yang paling ramai dengan “1 dinar emas” dan juga “tiket penerbangan pergi balik ke Dubai”. Dianggarkan jumlahnya adalah sebanyak RM11,000. Persoalan yang ingin ditimbulkan disini ialah dari mana wang ini datang?  adakah wang ini hasil rasuah dikalangan mereka? 

Dengan adanya tawaran sebegini, maka muncul lah pula nama-nama “ghaib” di dalam senarai ahli PPBM ini hanya disebabkan mereka ingin mereka bersaing sesama sendiri untuk mencari seramai mungkin “downline” yang mereka mampu hasut untuk daftar menjadi ahli PPBM.  Apa yang pelik adalah kebanyakan nama yang disenaraikan itu adalah tanpa pengetahuan tuan punya nama sendiri.

Hal ini secara tidak lansung menunjukkan PPBM hanya mencari ahli “tangkap muat”sahaja supaya 
parti ini dilihat seolah-olah mendapat sokongan padu dari rakyat Malaysia. Konon nya hari ini semakin ramai rakyat telah mendaftar untuk menjadi ahli PPBM tapi kenapa PPBM dilihat sangat terdesak untuk mendapatkan ahli baru sehingga sanggup menggunakan cara “kotor” ini? Persoalannya disini, adakah cara sama ini juga digunakan oleh pemimpin-pemimpin PPBM  yang lain demi kepentingan politik mereka masing-masing?

Disini kita dapat melihat bahawa  PPBM adalah sebuah parti yang masih lagi mengamalkan konsep kronisme dikalangan mereka. Jelas sekali disini, apa yang cuba dilakukan oleh Dato Dr Rais adalah untuk politik beliau sendiri iaitu supaya nama beliau dicalonkan untuk bertanding di Parlimen Pelabuhan Klang. Hal ini secara tidak lansung menunjukkan perjuangan PPBM adalah lebih kepada kepentingan mereka sendiri bukanlah untuk berjuang demi nasib rakyat seperti yang dikatakan sebelum ini.


Comments