Perhimpunan Sulong PPBM hanyalah berkisar kepada kritikan Mahathir terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan langsung tiada perkara khusus bercakap soal masa depan, pendidikan, ekonomi, agama apatah lagi yang berkaitan dengan agenda Melayu serta Bumiputera.
Mahathir yang terus menerus mengkritik Najib dan UMNO membuktikan Mahathir kelihatan sangat terdesak bagi meraih populariti, undian dan sokongan daripada pengundi-pengundi di luar sana.
Ini menunjukkan Mahathir bukanlah contoh pemimpin yang terulung, hebatm berkaliber dan berwibawa kerana apa yang Mahathir lakukan ini bukannya membawa sebarang kebaikan, manfaat serta pembangunan kepada rakyat t tetapi lebih memikirkan kepentingan diri sendiri, kekuasaan dan pengaruh semata-mata.
Mahathir sepatutnya menunjukkan bahawa dirinya anak jantan dan sebagai anak jantan, mahathir sepatutnya menunjukkan bahawa kekaliberan, kepimpinan dan kewibawaan mereka kepada rakyat dan bukannya mahu menjatuhkan dan menumbangkan pemimpin UMNO semata-mata. Kalau Mahathir mahu jadi anak jantan yang sebenar berlawanlah dengan Najib dan Kerajaan UMNO ketika mereka masih lagi bersama-sama dengan UMNO dulu.
Tetapi ini tidak, Mahathir tidak teragak-agak terus menerus menyerang melawan dan menumbangkan Najib dan Kerajaan UMNO dan seterusnya disambut oleh orang kuat Mahathir siapa lagi kalau bukan Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli dalam PPBM yang sentiasa berusaha mencari salah dan kelemahan Najib.
Kesimpulannya parti yang dipimpin oleh Mahathir hanyalah mahu mencapai agenda politik dan kepentingan peribadi mereka sendiri dengan memburukkan Najib sebagai Perdana Menteri dan Kerajaan UMNO di mata rakyat asalkan dapat menumbangkan Najib dan UMNO.
Comments
Post a Comment