Akibat tindakannya mempertikai dan menegur perjalanan perhimpunan agung sulung parti berkenaan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini, seorang ketua pemuda bahagian diugut dan diberi amaran oleh pihak yang semestinya berlagak samseng dalam parti. Jelas sekali sesiapa sahaja yang menyoal kredibiliti pemimpin dan parti berkaitan isu terkini akan dijadikan sasaran pihak tertentu dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Seorang pemimpin pemuda PPBM iaitu Mohd Asyraf Muhammad Asri, 30, yang mengetuai Pemuda PPBM Bahagian Kuantan terpaksa membuat laporan polis kerana mendakwa menerima mesej ugutan dan kata-kata kesat, susulan tegurannya terhadap perjalanan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM baru-baru ini.Antaranya mesej yang diterimanya ialah menyatakan seluruh Malaysia ingin berkenalan dengan saya dan meminta saya 'standby' (berhati-hati). Tindakan ini jelas membuktikan parti ini dipelopori oleh golongan samseng yang suka mengugut dan mencerca orang.
Pendek kata, ugutan dan kecaman yang dibuat ini jelas menyekat golongan generasi muda untuk bersuara dan terbatas untuk menyoal berkaitan sebarang isu terkini mengenai kepemimpinan parti. Mohd Asyraf hanya memberi kenyataan apa yang sebenarnya berlaku dalam PPBM tapi suara golongan muda seakan disekat dan tiada konsep demokrasi dalam parti PPBM. Bukan saja disekat malah sesiapa yang bersuara akan diugut. PPBM sudah ibarat parti KONGSI GELAP!
Comments
Post a Comment