PKR TERIMA HAKIKAT BAHAWA ANWAR TIDAK AKAN JADI PM



Baru-baru ini terdapat pelbagai pihak yang membincangkan kesukaran laluan Anwar menjadi Perdana Menteri. Mereka menyatakan bahawa Anwar hanya boleh menjadi Perdana Menteri sekiranya beliau berjaya mengetepikan kehilangan kelayakan beliau di bawah Artikel 48 atau mendapat pengampunan di raja di bawah Artikel 40. Secara teori ianya boleh dilakukan. 

Secara praktiknya Anwar tidak akan menjadi Perdana Menteri. Sebelum ini Anwar mempunyai peluang yang agak kecil untuk Perdana Menteri tetapi apabila Mahathir diumumkan menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.  

Hakikat ini bukan sahaja telah diketahui, bahkan diterima oleh PKR, iaitu parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan Anwar menjadi Perdana Menteri. 

Bayangkan Pakatan Harapan memenangi PRU Ke-14 dan Mahathir dilantik menjadi Perdana Menteri sekali lagi. Seterusnya bayangkan setelah pelbagai halangan, Anwar berjaya mendapat Pengampunan Diraja, bertanding di kerusi Parlimen dan seterusnya memenangi kerusi tersebut. 

Adakah Mahathir akan dengan mudah melepaskan jawatan tersebut?

Mahathir adalah Perdana Menteri. Beliau berada di kedudukan teratas? Mengapa perlu beliau turun begitu sahaja?

Mungkin ada yang mengatakan bahawa DAP, PKR dan PAN boleh memaksa Mahathir untuk turun. Tetapi anggapan ini adalah salah. Sekiranya Mahathir tidak mahu turun dengan kerelaan diri sendiri, parti-parti tersebut tidak dapat memaksa Mahathir turun.

DAP, PKR dan PAN sudah tentu tidak berani memaksa PPBM bertindak keluar dari Pakatan Harapan dan seterusnya mengurangkan majoriti pakatan tersebut dalam parlimen. Selagi Mahathir menjadi PM, beliau akan memegang kunci yang menentukan sama ada kerajaan Pakatan Harapan kekal atau tidak memerintah. 

Kesimpulannya, dengan Mahathir menjadi calon Perdana Menteri, peluang Anwar tertutup selama-lamanya.

Comments