Pakatan Harapan menggalakkan pesta arak dan seks bebas jika mereka berjaya mengambil alih dan mentadbir negara kita. Pakatan Harapan sudah pasti akan mengadakan pesta arak dan mempromosikan seks bebas secara terbuka kepada semua terutamanya kepada umat Islam di negara ini. Tindakan Pakatan Harapan ini seolah-olah mempersenda dan mencabar sensitiviti umat Islam.
Mana boleh kita biarkan Pakatan Harapan menggalakkan pesta arak dan seks bebas ini kerana kita sangat mementingkan umat Islam seluruh Malaysia. Kita tahu bahawa arak dan seks bebas itu hukumnya haram. Janganlah kita menghalalkan sesuatu perkara yang haram. Pihak Pakatan Harapan berani mempromosikan gaya hidup LGBT, pesta minum arak-arak dan seks bebas secara terbuka, besar-besaran dan menuntut menjadi sebahagian daripada hak yang dibenarkan oleh undang-undang serta desakan agar ianya dibenarkan dilakukan secara besar-besaran.
Kita umat Islam di negara ini perlulah bersatu tanpa mengira latar belakang ideologi poliik meningkatkan kebangkitan umat Islam yang maruahnya kini semakin dicabar dan dipersendakan oleh pihak-pihak tertentu. Jangan sampai umat Islam hilang dalam aspek ekonomi dan ketinggalan dalam aspek penguasaan politik.
Kesimpulannya kita seharusnya bekerjasama dan bersatu hati memerangi perkara ini demi kebaikan umat Islam sejagat. Pastikan Pakatan Harapan tumbang dan tumpas dalam pilihan raya umum nanti. Jangan biarkan perkara sebegini terjadi ke atas anak cucu cicit kita pada masa akan datang.
Comments
Post a Comment