PERMOHONAN MAAF MAHATHIR SEKADAR LEPAS BATUK DI TEPI TANGGA



Pada 30 Disember 2017, Mahathir, di dalam ucapan Perhimpunan Agung Tahunan PPBM, telah memohon maaf atas kesilapan-kesilapannya di zaman lepas.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya sebelum mengakhiri ucapannya.

Sudah tentu PPBM menyambut baik permohonan maaf Mahathir kerana parti berkenaan memang ditubuhkan bagi menjamin kepentingan dinasti Mahathir namun sebenarnya Mahathir tidak ikhlas di dalam permohonan maafnya. 

Buktinya: Mahathir sepatutnya menjelaskan apa kesalahan-kesalahan besar yang mewajarkan beliau meminta maaf seperti penghinaan beliau terhadap kaum Bugis atau beliau menganggap rakyat yang menerima BR1M sebagai pemakan dedak selain daripada pelbagai kesalahan-kesalahan lain di sepanjang pemerintahan beliau. 

Sebaliknya beliau hanya memilih untuk ‘memohon maaf’ pada akhir ceramah perasmian Perhimpunan Agung Tahunan dengan keadaan bagai melepaskan batuk di tepi tangga.

Mahathir di dalam ceramah beliau tersebut turut memanggil bekas ahli PPBM yang tidak bersetuju dengan kepimpinan beliau sebagai “sampah”. Tapi seburuk-buruk sampah, tetap ada nilai. 

Permohonan maaf Mahathir? Lebih tidak bernilai daripada sampah.



Comments