PENYERTAAN DR MAHATHIR DALAM PAKATAN HARAPAN TERUS DIPERSOALKAN, ADAKAH MAHATHIR SOLUSI UNTUK MALAYSIA YANG LEBIH BAIK?


Isu penyertaan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Pakatan Harapan dan menjadi calon Perdana Menteri terus dipersoalkan dan menjadi bualan hangat di kalangan pemimpin-pemimpin pembangkang sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, aktivis NGO Pro Pembangkang, Haris Ibrahim menganggap tiada masalah jika Dr. Mahathir menyertai Pakatan Harapan tetapi apabila dilantik sebagai calon Perdana Menteri sementara, ianya menimbulkan masalah baharu.

Haris Ibrahim telah membandingkan kepimpinan pemimpin PAS dengan Dr Mahathir yang jauh berbeza denganya. Menurut Haris Ibrahim, Mursyidul Am PAS, jika dibandingkan dengan pemimpin PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Dr Mahathir sudah tentu kalah sebagai pentadbir negara, beliau mempunyai banyak salah laku!

Oleh yang demikian, pemilihan Dr Mahathir terus menjadi dipersoalkan semua khususnya dari pemimpin-pemimpin pembangkang yang pernah melihat salah laku dan kerosakan yang dilakukan Dr Mahathir. Kenapa mesti Dr. Mahathir juga? Bagi mereka keputusan ini tidak masuk akal.

Selain itu, kata-kata kritikan pedas yang diluahkan Haris Ibrahim semestinya dalam dan memberi mesej jelas bahawa pemilihan Dr Mahathir adalah satu tindakan silap serta salah. Haris Ibrahim menjelaskan "Kalau rakyat sanggup mene­rima Dr Mahathir, Malaysia akan berhadapan dengan masalah yang besar pada tahun-tahun akan datang."

Hakikatnya hanya pemimpin yang ada agenda sendiri sahaja dalam Pakatan Harapan yang tidak nampak kesan buruk pemilihan Dr Mahathir ini kerana mereka mahu menggunakan pengaruh Dr Mahathir untuk kepentingan mereka. 

Dr Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan hanya mempergunakan sesama mereka sendiri demi agenda mereka dan bukannya untuk rakyat!

Comments