PEMUDA HARAPAN BUAT LAWAK UNTUK TAHUN 2018, JANJI AKAN BERI SIARAN LANGSUNG BOLA SEPAK PERCUMA KEPADA RAKYAT JIKA MENANG PRU14


Tindakan pemuda Pakatan Harapan yang berjanji untuk menyiarkan siaran langsung bola sepak antarabangsa seperti English Premier League (EPL) dan Liga Sepanyol kepada rakyat melalui RTM adalah satu bahan jenaka tahun 2018 yang mengelikan hati semua orang.

Adakah ini tahap pemikiran dan keupayaan pemuda Pakatan Harapan yang sekadar boleh menjanjikan idea-idea yang tidak membina kepada generasi muda! Adakah dengan menyediakan siaran langsung bola sepak antarabangsa ini bakal menyajikan nasib lebih baik buat generasi muda? Tepuk dada tanya selera!

Ternyata idea dan janji pembangkang itu tidak logik dan hanya merugikan semua. Mengapa ianya dikatakan merugikan. Tahukah pemuda Pakatan Harapan mengenai berapakah kosnya untuk menyiarkan perlawanan secara langsung, dan hak penyiaranan ini melalui proses bidaan. 

Janji bukan sekadar bercakap saja, perlu diingatkan di sini, setiap tahun bidaan untuk mendapatkan hak penyiaran mencecah ratusan juta ringgit mungkin lebih daripada RM100 juta.

Dalam hal ini kalau diberikan kepada RTM, siapa yang akan bayar? Akhirnya mereka perlu menggunakan wang rakyat. Dari mana duit tersebut akan dikorek untuk membayar hak penyiaran tersebut. Katakanlah nak bersiaran kena bayar RM200 juta, takkan Kerajaan Pakatan Harapan nak belanja begitu sahaja?

Bukankah lebih elok jika wang tersebut digunakan untuk tujuan yang lebih baik dan penting seperti untuk pembangunan sukan bagi golongan muda dan belia. Di samping itu, dengan adanya peruntukan ini, pusat-pusat kompleks sukan yang lebih baik boleh dibina untuk kegunaan generasi muda, idea seperti ini lebih baik daripada menggunakan peruntukan untuk penyiaran bola yang tidak menguntungkan rakyat!



Comments