PEMIMPIN UMNO BERSIAP SEDIA MENGHADAPI PILIHAN RAYA UMUM KE-14



Pemimpin UMNO bersiap sedia bagi menghadapi PRU 14 yang dijangka berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun berkata sejarah pilihan raya terdahulu membuktikan bahawa UMNO berjaya memenangi sesebuah kawasan walaupun terpaksa bersaing dalam pertandingan banyak penjuru. Sebelum ini UMNO pernah bertanding di kawasan yang empat penjuru dan akhirnya UMNO menang dalam pilihan raya berkenaan. Bagi pemimpin-pemimpin UMNO, mereka sentiasa bersedia untuk bertanding di mana-mana kawasan tidak kira dua, tiga penjuru atau beberapa penjuru sekalipun.Gerak kerja awal sudah pun digerakkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO bagi menawan semula hati rakyat supaya mengundi Kerajaan Barisan Nasional pada PRU 14 akan datang.

Kerajaan yang dipimpin Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah melaksanakan pelbagai transformasi dalam usaha memperhebat sekaligus memacu pembangunan dan ekonomi negara. Tiada sebab bagi rakyat tidak mahu memberikan sokongan dengan menyokong perjuangan UMNO dan BN kerana hanya parti ini sahaja yang boleh memerintah negara dan bukannya parti lain yang jelas mempunyai idealogi yang berbeza.

Kesimpulannya seluruh jentera UMNO dapat bersama-sama bergandung bahu membantu jentera BN dan parti-parti komponen dalam mendekati kumpulan sasaran bukan Melayu agar mereka memihak dan mengundi BN menjelang PRU 14. Sasaran UMNO bukan sahaja kepada kumpulan sasaran yang terdiri daripada orang Melayu tetapi juga kepada rakan-rakan parti komponen bukan Melayu seharusnya didekati agar mereka memihak kepada calon BN dalam PRU akan datang.

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa membaca artikel ini. Untuk mendapat artikel-artikel terkini, sila ‘like’ atau ‘follow’ halaman FB Malayan News.

Comments