PARTI MANA YANG BAKAL MENDOMINASI? KERUSI SABAH DAN SARAWAK PULA BAGAIMANA?


Apakah PPBM, DAP, PKR dan PAN tidak akan masuk bertanding mana-mana kerusi di Sabah dan Sarawak? Mungkin juga mereka masih belum 'settle down' masalah dalaman di kedua-dua negeri tersebut?

Apa yang kita tahu, DAP mengalami kekalah teruk pada PRN-11 Sarawak yang diadakan pada 7 Mei 2016. Dalam PRN ini kita dapat menyaksikan kekalahan teruk DAP kerana aura Tok Nan disambung oleh Ketua Menteri yang baharu iaitu Datuk Abang Johari Openg. Bermula dari detik itu, DAP mula selektif dalam setiap aktiviti mereka di Sarawak dan dalam urusan mengemukakan calon pada PRU-14 nanti.

Begitu juga di Sabah, sayap PKR dan DAP di Sabah mula dilanda perpecahan. Kepercayaan kepada kepimpinan tertinggi mereka mula luntur disebabkan sifat kurang ambil tahu pemimpin kedua parti tersebut terhadap permasalahan rakyat.

Namun, fenomena menolak parti yang dibawa dari semenanjung mula menghantui pengundi dan masyarakat setempat. Mereka mula beralih arah kepada parti Warisan yang diketuai Shafie Apdal. Tapi malangnya, parti Shafie Apdal dan pemimpin kanannya pula banyak dikaitkan dengan skandal rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Kempen memfitnah dan menanam tebu di tepi bibir tidak ‘dibeli’ rakyat Sarawak dan Sabah. Pelbagai alasan mula dicipta dan be­lang masing-masing mula kelihatan apabila saling menuding jari menya­lahkan sesama sendiri berikutan kekalahan memalukan di Sarawak serta pembongkaran tabiat buruk pemimpin Warisan di Sabah.

Pakatan Harapan akan dikawal oleh Tun M sebagai Pengerusi dan sebagai calon Perdana Menteri mereka. Akan tetapi parti manakah yang akan mendominasi kemenangan pada PRU-14 nanti? Amanah terus memboikot kerusi di Johor, manakala Bersatu pula tidak mudah menang walau kerusi yang mereka perolehi lebih dari 1 kerusi dari PKR.

PPBM ketandusan calon yang boleh menang dan PKR pula tiada sokongan akar umbi jika mereka bertanding banyak kerusi kerana selama ini PKR menang atas undi simpati sahaja.

DAP Solid !!! walau 35 kerusi sahaja (kurang 3 kerusi dari apa yang dimenangi pada PRU-13 yang lalu), namun mereka sudah membina dan bekerja di kawasan mereka sejak bertahun-tahun yang lalu. Selain undi majoriti kaum Cina, DAP juga ada 'back up' dari parti PAN yang mempunyai 27 kerusi untuk diserah bulat-bulat dalam keadaan DAP terdesak untuk memegang takhta.

Comments